Tuesday, July 13, 2010

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Rasenye xsopan jika hamba xkenalkan diri hamba sebagai penulis dan pencipta blog ini…

Nama hamba Muhd Ashraf Fahmi Bin Mustafa…Nama panggilan? Hmmm…bergantung pada saudara dan saudari..panggillah apa yang saudara dan saudari mahukan selagi nama tersebut adalah baek baek maknanya..Putera terakhir dari 10 adik beradik..dilahirkan di Felda Chalok Barat, Terengganu..personaliti hamba?hamba sebenarnya seorang yang serius..tapi wajah hamba yang sentiasa senyum dan ceria sukar untuk manampakkan hamba seorang yang serius..mungkin itu sebabnya hamba belum berpacaran..mungkin orang menganggap hamba seorang yang suka bermain..huhuhu.. Tak kenal maka tak cinta.

Mendapat pendidikan awal di TADIKA Felda Chalok Barat semasa berumur 5tahun..tapi xsampai 3bulan, hamba menangis tidak mahu ke TADIKA…huhuhu..bukan manja..tapi hamba tidak sabar masuk ke Darjah 1..Atas desakan hamba sendiri, akhirnya semasa berumur 6tahun, ayanda hamba mendaftarkan hamba ke darjah 1..tapi masuk sebagai pelajar tumpang la..Yang paling sedih mase dapat result exam akhir tahun la..hamba masih ingat lagi kata2 cikgu tu..Cikgu Ibrahim namanya.. “awak sepatutnya dapat nombor 1, tapi oleh sebab awak pelajar tumpang,saya bagi awak nombor 33 la..” jem molek..nombor 33 tu kire nombor last la..mase tu jumlah budak dalam kelas ialah 33 orang..Mase orang duk bagi hadiah tu, hamba duk kat luar dewan, duk nangis..huhuhu..meraung, berteriak…sebab nk hadiah jugak..Kesian bonda hamba terpaksa pujuk hamba…hamba siap buang kasut pastu baling dalam longkang..huhu.. akhir skali datang la seorang cikgu.. “Ashraf, xyah la nangis..malu orang tengok…xpe..tahun ni ashraf xdapat hadiah, nanti tahun depan, ashraf pastikan ashraf akan dapat hadiah tiap2 tahun” ujar cikgu tu dengan kelembutan..

Hamba terus diam..terus hamba peluk bonda hamba.. “Bonda,jom balik..bermula tahun depan hamba janji akan banggakan bonda” Bonda hanya tersenyum lalu menjawab “bonda sentiasa bangga denganmu wahai anakku.” Kata-kata yang ringkas dari dua insan ini akhirnya mengubah seluruh hidup hamba..Kini hamba meneruskan pendidikan di Maktab Perguruan Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bharu.

Kenapa hamba memilih untuk menjadi seorang GURU?

Tunggu sambungan seterusnya..

No comments:

Post a Comment