Sunday, July 18, 2010

Sedikit Tentang Latar Persekolahan Hamba

Seperti yang tuan hamba sedia maklum, hamba mendapat pendidikan awal di TADIKA Felda Chalok Barat selama 6 bulan..Kemudiannya hamba diterima masuk ke darjah 1 di SK LKTP Chalok Barat ketika berumur 6tahun..

Ketika berumur 12tahun, iaitu ketika darjah 6, hamba menumpang di Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot, Batu Rakit, Kuala Terengganu yang juga tempat Kak Long hamba mengajar kerana ketika itu ayah dan bonda hamba pergi menunaikan haji…Jadi tiada orang di kampung untuk menjaga makan minum hamba, oleh itu Kak Long mempelawa hamba untuk tinggal bersamanya untuk seketika..Hamba menuntut di sana selama 2 bulan…Selepas itu hamba kembali ke kampong halaman dan kembali belajar di SK LKTP Chalok Barat..

Selepas keputusan UPSR keluar, hamba menyambung pendidikan di SMK Chalok kerana keputusan hamba tidak begitu cemerlang ( 3a2b)..Hamba dipilih untuk mengikuti kelas bahasa arab, 1KA..Hamba juga ditawarkan mengikuti Kelas Rancangan Khas(RK) tetapi hamba menolak kerana setiap pelajar RK diwajibkan tinggal di asrama..Hamba masih belum bersedia untuk berpisah dengan ayah dan bonda hamba..huhuhu..2 minggu kemudian, hamba ditawarkan belajar di SMK Pelong, Setiu, Terengganu…Hamba terpaksa menerima kerana ayah dan bonda mengharapkannya…Tapi malangnya hamba memohon untuk kembali ke SMK Chalok kerana hati dan jiwa hamba tidak dapat menyesuaikan diri (biase la..kne pakse masuk..huhuhu)…Tapi ketika belajar di SMK Pelong, hamba bergiat aktif dalam penulisan dan deklamasi sajak, pertandingan pantun dan syair…Pernah mewakili sekolah dan hamba juga pernah menyertai Pertandingan Sayembara Puisi Terbuka di Perkampungan Budaya peringkat daerah Setiu..tapi dapat saguhati je.. hahaha…

Setelah setahun 7 bulan belajar di SMK Pelong, hamba kembali ke SMK Chalok..Sekali lagi hamba menolak untuk mengikuti Kelas Rancangan Khas..hamba lebih selesa berada di kelas biasa..jadi hamba memilih kelas 2A1..Ketika di SMK Chalok, hamba bergiat aktif dalam Pengakap..hamba mendapat tahap Pengakap Muda dan dibenarkan memakai rambu hijau..Tahun berikutnya hamba menduduki peperksaan PMR dan hanya mendapat 2A6B sahaja..Penghujung tahun 2006, hamba mengikuti Jambore Pengakap peringkat kebangsaan yang diadakan di Jelebu, Negeri Sembilan..Hamba hampir mendapat pangkat Pengakap Raja tetapi tidak sempat menghabiskannya kerana ketika tingkatan 4, hamba masuk ke Sekolah Menengah Teknik Dungun, Terengganu…kat sini aktiviti pengakapnya tidak aktif..

Semasa hamba membuat keputusan untuk belajar di SMT Dungun, hajat hamba ditentang hebat oleh bonda hamba kerana katanya sekolah teknik ni untuk pelajar yang xde harapan..nyata pandangan bonda hamba silap..Mujurlah Kak Long hamba pulang dan menerangkan tentang kebenaran mengenai Sekolah Teknik..Akhirnya hamba Berjaya masuk ke SMT Dungun..

Selepas belajar disana selama 2 tahun, hamba di tawarkan melanjutkan pelajaran di JMTi(Japan-Malaysia Technical Institute), di Pulau Pinang..Hamba masuk menggunakan result percubaan SPM..Mulanya hamba masuk sekadar mengikuti kursus selama 6 bulan..Selepas keputusan SPM keluar, Alhamdulillah hamba mendapat keputusan yang memberangsangkan sehinggakan menjadi antara 10 pelajar cemerlang sekolah(6a2b1c1d)..Bonda hamba mendesak untuk hamba mengikuti pelajaran di Universiti tapi hamba menolak kerana bagi hamba bukan hanya university jalan untuk Berjaya..Hamba meneruskan pengajian di JMTi dalam Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik dengan harapan apabila keluar nanti, hamba akan Berjaya menjadi guru untuk sekolah teknik..hamba juga mengisi permohonan ke Maktab Perguruan pada tahun 2009 tetapi tidak diterima jadi hamba meneruskan pengajian dengan harapan untuk mendalami bidang ini agar dapat berkongsi dengan pelajar apabila hamba menjadi guru kelak…

Tahun 2010, hamba sekali lagi memohon untuk memasuki Maktab Perguruan…hamba masih ingat lagi ketika itu bulan 3 tahun 2010..hamba menyatakan hasrat untuk menjadi seorang guru kepada kawan hamba tetapi malangnya hamba diejek..Guru ni low standard la katenye..hamba begitu marah..bagi hamba guru ni pekerjaan paling mulia dalam dunia ni..Tanggal 11 March 2010, hamba dengan beraninya menamatkan pengajian di JMTi kerana kebetulan ketika itu ayah hamba tidak begitu elok kesihatannya..Hamba mempertaruhkan nasib menunggu panggilan temuduga Maktab…Hamba pulang dengan impian yang baru..Membuktikan nilai guru tidak serendah yang diperkatakan..Mujurlah hamba berhenti..sekurang-kurangnya ade juga orang untuk menjaga ayah hamba..Tidak lama kemudian hamba dipanggil menghadiri satu temuduga maktab dan akhirnya disinalah segalanya bermula kembali..kini hamba belajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim di Johor Bharu..Di sinilah bermulanya langkah pertama dalam perjalan yang jauh….Insyallah hamba akan Berjaya…

1 comment:

  1. mama betul2 bangga baca post ni...
    ada jgk anak mama yang bersemangat untuk jd cg
    Biar apapun pandangan orang lain hati n tekad kita kena kuat. Semua ni kerana allah supaya pahalanya berkekalan. Semoga anak mama menjadi guru yang berguna... selamat datang ke persada pendidikan sayang..

    ReplyDelete