Sunday, July 11, 2010

Ibu,Anak dan Kura-Kura

Seorang ibusedang berjalan-jalan sambil memimpinng anaknya di jalan hujung sebuah desa. Mereka kemudiannya terjumpa seekor kura-kura. Anak itu mengambilnya dan mengamati kura-kura tersebut. Kura-kura itu segera menarik kakinya dan kepalanya masuk di bawah cengkerangnya. Si anak lalu cuba membukanya secara paksa.

“Cara demikian tidak akan berhasil, nak!” kata si ibu, “Sini..ibu akan ajarmu wahai anakku..”tambah si ibu dengan suaranya yang penuh kelembutan dan kasih sayang.

Mereka akhirnya pulang dengan membawa kura-kura itu tadi bersama. Setibanya di rumah, si ibu meletakkan kura-kura di atas lantai. Si anak hanya memerhati sambil cuba memahami apa yang ibunya sedang lakukan. Dalam hatimya timbul sedikit perasaan gusar kerana bimbang jika kura-kura tersebut melarikan diri.Si ibu hanya tersenyum melihat telatah anaknya. Beberapa minit kemudian, kura-kura itu mengeluarkan kakinya dan kepalanya sedikit demi sedikit. Ia mulai merangkak bergerak mendekati si anak.

“wah..hebatnye ibu..”jerit si anak dengan penuh kegirangan.

Si ibu tersenyum sambil tangannya mengusap kepala anaknya..Dalam hatinya hanyalah ingin anaknya itu memahami apa yang cuba dia sampaikan..

“Janganlah kamu memaksa melakukan segala sesuatu, nak!” nasihat si ibu, “Berilah kehangatan dan keramahan, ia akan membantumu mengatasi segalanya.”

Si anak mengangguk tanda faham sambil hatinya berasa gembira atas ilmu dan nasihat yabg baru diberikan oleh ibunya itu.

Moral cerita :

Janganlah kita memaksa atau terburu-buru melakukan sesuatu..kehebatab seseorang bukan pada kepantasannya bertindak..tapi secekap mana dia mengganinya..ingat…Rambut jangan putus…Tepung jangan berselerak..

No comments:

Post a Comment