Friday, July 30, 2010

Kompang dan Iramanya

Hari ni hamba belajar main kompang…Asas main kompang ni ada 2…Pertama Melanau dan keduanya Melingkar…Apa yang menarik perhatian hamba ialah, kedua-dua irama ini seolah-olah tidak lengkap kalau tidak dimainkan bersama…Ada ruang-ruang kosong yang tidak lengkap bunyinya…Sebab itu, kedua-dua irama ini mestilah dimainkan bersama-sama untuk mecipta 1 irama yang sempurna…

Sama seperti kehidupan kita…Kenapa Allah menciptakan manusia ini dengan pelbagai? Kenapa semuanya tidak sama…Jawapannya mudah saja…Sama seperti irama kompang tadi..Kita dicipta untuk melengkapi antara 1 sama lain..Sudah tentu tida manusia yang sempurna dalam dunia ini…Setiap orang ada kelemahan mereka yang tersendiri…Oleh itu kita memerlukan orang lain untuk melengkapi dan menutup kelemahan dan kekurangan kita…

Cuba anda semua bayangkan jika semua manusia dalam dunia ni sifatnya sama….Bayangkan…Agak-agak tuan hamba la, mampukah dunia seharian kita menjadi menarik? Bayangkan setiap orang pakai yang sama, makan yang sama, minum yang sama, perangai yang sama, rupa yang sama, tinggi yang sama, dan gaya yang sama…Tidakkah jemu mata kita memandang? Jadi sebab itulah Allah mencipta manusia itu pelbagai..Untuk saling melengkapi…

Ada orang sering mengeluh dengan kekurangannya…Sering mengimpikan kelebihan sama seperti orang lain..Saudara….Sebenarnya kita dicipta denga kelebihan dan kekurangan…Tapi kenapa kita tidak Nampak dimana kelebihan kita? Jawapannya mudah saja…Kerana kita terlalu memikirkan akan kelemahan kita…Sebenarnya, kelemahan kita itu satu kelebihan…Kenapa hanba berkata demikian?...Begini…Cuba tuan hama bayangkan jika tuan hamba menggunakan kekurangan tuan hamba untuk mencipta sesuatu yang hebat, sudah tentu ia akan menjadi kejuta kepada semua lantas menyerlahkan kehebatan tuan hamba…Sebagai contoh, lihat Elbert Einstein…Semasa zaman persekolahnnya, beliau diketegorikan dalam pelajar lemah…Tapi cuba tuan hamba lihat apa sumbangan beliau dalam teknologi..Seorang pelajar lemah menjadi salah seorang penggerak kemajuan dunia…Lihat pula Boon Siew, pengasa Honda…Beliau tidak tahu membaca dan menulis…Tapi beliau menjadi salah seorang jutawan dunia..

KENAPA???? Jawapannya ialah kecekalan…Jangan undur walau terhalang…Jangan berhenti andai disekat..Jangan mengalah walau jalan tersekat...Ingat..Jalan bukan cuma 1…Destinasi kita satu tapi jalannya ada beribu-ribu…Jika tersesat diperjalanan, carilah jalan lain…Dan janganlah sesekali berhenti melangkah…Jika kesunyian dalam perjalanan, carilah seorang teman untuk menemani tuan hamba…Kerana kita bukan dicipta berseorangan dalam dunia ini….

Sekian…..

1 comment: