Friday, July 23, 2010

Cerita Waktu Kecil ( Lawatan )

Ahhh…Zaman kanak-kanak memang indah..Kenangan pahit dan manis menjadi memori hingga kini..Kadang-kadang lucu…Kadang-kadang syahdu…Kali ni hamba hendak berkongsi kisah hamba sewaktu kecil dulu…InsyaAllah lain kali banyak lagi yang hamba akan kongsi…

Ketika itu hamba berada di TADIKA..Hari itu TADIKA hamba mengadakan lawatan ke Kolam Air Panas Kampung La..Masa yang diambil untuk sampai ke destinasi ialah lebih kurang 2jam…Hamba ada 1 tabiat buruk sewaktu kecil dulu..Iaitu setiap kali hamba berjalan jauh, hamba mesti akan rasa hendak kencing..

Huhuhuhu..Hendak dipendekkan cerita, dipertegahan jalan, hamba mula rasa hendak kencing…Tapi hamba tahan kerana hamba takut..Maklumlah..CIkgu TADIKA tu garang…jadi hamba diam je….Tapi tak lame lepas tu hamba memang dah xleh nak tahan…Hamba duk kat blakang ni asyik duk kepit-kepit..Xtahan..Ohhh tandas…Mana kamu…Hamba menuju ke arah cikgu hamba lalu hamba beritahu kepadanya yang hamba sudah hampir banjir…

“Cikgu…Lambat lagi ke nak sampai…Saya nak kencing ni..brenti la kejap..xtahan ni” ujar hamba.

“Laa…kat tadika tadi xkencing awal-awal…”jawab cikgu tu..

“Tadi xterase..Ni baru rase..Cepat cikgu…dah nak keluar ni..”ujar hamba sambil duk berkepit-kepit menahan keinginan..

“Ah..tahan je la..sket lagi nk sampai ni..”jawab cikgu tu.

Hamba pun tahan je la..Rupenye jauh lagi nak sampai..setengah jam kemudia baru la sampai ke destinasi..Seterusnya cikgu membawa kawe melawat ke semua kolam air panas di kawasan itu..Hamba pula sibuk mengintai mencari tandas..Rase macam nak pecah pundi kencing..Entah apa yang cikgu bebelkan hamba tidak tahu..kerana dalam kepala hamba hanyalah tandas je..

Tak lama kemudia, cikgu bagi peluang untuk kami berendam dalam kolam air panas..Wow..Satu peluang..Hamba pun terjun ke dalam kolam tu lalu hamba pun menunaikanlah hasrat hamba tu..

Hahahaha….Sssssssssshhhhhhhhhhh…Lega hamba..hamba kencing dalam kolam tu…hahaha..Padan muka…Sape suruh xnak brenti tadi..memang malang la sape yang mandi dalam kolam tu..

Selepas itu hamba pulang dengan berbalut tuala sahaja..Seluar hamba sudah basah dan kotor..Mujurlah ayah hamba juga ikuti lawatan itu..pada masa tu ayah hamba merupakan pengerusi PIBG..jadi beliau terpaksa pergi la…Ayah hamba tergelak besar selepas hamba cerita apa yang berlaku…ayah hamba hamnya menggelengkan kepalanya…Hahahahhaa.

Itu saja mengenai lawatan ni…Lain kali hamba akan cerita banyak lagi kepada anda semua…

No comments:

Post a Comment