Tanpa ku sedar, hamba telah hamper tiba ke penghujung hari…Masuk hari ini, genaplah 3 minggu hamba menunggu jawapan darinya.. “Masih ada harapan” fikir benakku..Hanya tinggal seminggu dua hari lagi sebelum tempoh sebulan yang hamba berikan kepadanya supaya memikirkan tentang permintaan hamba..
Hamba begitu berharap jawapan yang mengembirakan dari pihaknya..Tapi jika permintaan hamba ditolak sekalipun, hamba tidak akan berduka..Mungkin itu pilihan yang terbaik darinya..Tapi hati hamba tidak dapat menahan keinginan untuk mengetahui apakah jawapan darinya..Adakah dia setuju? Mahupun sebaliknya? Itu semua bergantung kepada ketetapan Allah..Hamba cuma dia membalas surat hamba…Tidak kisah jika ditolak..Hamba Cuma ingin tahu jawapan dan sebabnya..
Adakah dia masih belum bersedia? Atau sudah milik orang? Atau dia masih belum terfikir lagi tentang hal ini? Atau mungkin hamba bukan pilihannya? Begitu banyak andaian bermain dalam fikiran hamba…Keliru, takut dan ingin tahu bercampur aduk dalam fikiran hamba…Hingga setiap hari yang hamba lalui terasa begitu lama sekali..
Mengapa hamba memilihnya? Ramai orang bertanya soalan ini kepada hamba..Dalam memilih pasangan hidup, sebenarnya kita tidak memilih untuk diri kita sendiri…Tetapi untuk anak-anak yang bakal mewarisi kita..Jika baik pasangan kita..Maka akan InsyaAllah keturunan kita juga akan menjadi baik-baik semuanya…Hamba tidak melihat rupa..Hamba melihat agamanya…Hamba lihat dia menutup aurat dengan bagus sekali..Aurat dijaga, sudah tentu ibadah juga terjaga…Perilakunya juga sopan..Menepati ciri-ciri yang hamba cari…Itu saja…Hamba memilihnya kerana Allah…
Hamba tidak meminta untuk berpacaran dengannya…Hamba cuma mahu dia setuju untuk menjadi bakal isteri kepada bakal anak-anak hamba..Bila sudah tiba masa, hamba akan masuk meminang…Hamba bukan jenis bercakap tanpa tindakan…Apa yang hamba ucap, itulah yang hamba akan buat..Zaman sekarang susah untuk mendapat pilihan pasangan yang baik…Sementara apa yang hamba cari selama ini ada di depan mata, lebih baik hamba ‘cop’ awal-awal..
Itu saja..Jika saudari yang dimaksudkan membaca post ini, hamba berharap saudari mengambil inisiatif..Hamba menunggu jawapan saudari..Hamba menyatakan hasrat hamba dengan cara baik…Jika saudari ingin menolak, biarlah dengan cara yang baik…Andai kata saudari menolak, hamba menerima..Kerana cinta itu bukan untuk dimiliki, tetapi untuk melihatnya bahagia…Tapi..sekurang-kurangnya nyatakan lah kenapa agar jika ada kerompongan pada diri hamba ini, dapat hamba perbaiki…
Sekian….
No comments:
Post a Comment