Kali ni hamba nak cite tentang cinta..Wow..ni topic hangat yang sering menjadi isu remaja kita pada hari ini…Zaman ni kite tengok banyak filem-filem mengenai Cinta ni..
Sampai ade jugak yang terikut ikut dengan aksi dalam filem tu..Sehinggakan hamper sume anak muda mengimpikan kisah cinta yang romantis sama seperti dalam filem tersebut…
Tengah kite duk asyik bercinta ni..mari kite hayati sebuah firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“katakanlah kepada laki laki beriman.hendaklahmereka menahan pandagannya dan memelihara kemaluannya yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka.sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yg mereka perbuat" .katakanla kepada wanita beriman "hndkla mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluaannya.”
Surah an-nur ayat 30-31
Hayati firman yang satu lagi ni:
"janganlah kamu menghampiri zina,sesunguhnya zina itu sangat keji dah jalan yg amat jahat"
Surah israak ayat 32
Ape kaitan ayat di atas dengan zina?
Haaa…mesti saudara dan saudari mula gelisah kan..ape kaitan cinta,couple dan zina??????
Senang je..mula2 macam ni..anda bercinta…berkapel la dalam bahasa kite..tuan hamba kata “kami hanya berkapel..mane ade zina2 ni..xbaek la”… Ok macam ni..kalo da kapel, mesti nk berdua duaan kan?
“Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?”
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.
“Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu. “
Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah :
“Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) .”
Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.
“Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!” (bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.
“Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group”.(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)
Study Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau yea pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni... betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!
“Mane ade. Sungguh berbincang pelajaran.”
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.
“Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.”
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .
Mengapa hamba mengutarakan hal ini?
Mudah saja..Begini ceritanya..Hamba ada meluahkan hasrat dihati kepada seorang wanita…OOppppsss..
Tuan hamba jangan salah faham..hamba xminta untuk berkapel..hamba hanya meminta untuk menjadikannya isteri setelah masanya tiba..hamba tidak minta ingin menjalinkan apa apa hubungan istimewa dengannya..nak jadi kawan pun hamba xminta..hamba hanya mahu menjadikannya isteri bila masanya tiba..tidak lebih dari itu..tapi oleh kerana masyarakat kita telah tercemar dengan isu COUPLE ji, hasrat hamba telah disalah tafsir…ini satu kekcewaan buat hamba…
Islam takde ke couple-cople ni?
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.
Sabda Rasulullah :
“Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.” (Ibnu Majah).
Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!
SEKIAN DARI HAMBA….FIKIR-FIKIRKANLAH…HAMBA BEGITU MARAH KERANA SIKAP MASYARAKAT INILAH YANG MENYEBABKAN HASRAT HAMBA DISALAH TAFSIR!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment