Fuhhh…Baru siap basuh baju…Da lame xbasuh baju gune tangan…huhu..slame ni gune mesin je….Mase duk basuh baju tu, teringat kat kenangan dulu dulu…
Mase tu hamba Tingkatan 1 kat SMK Pelong…Mase tu sekolah baru bukak..hamba merupakan batch pertama..jadi fasiliti tak cukup lagi la…nak basuh baju pun kne berus pkai tangan…Penat tu memang la penat…Tapi hamba lihat dari perspektif yang berbeza…
Kerja memberus ni memang penat..Ramai budak2 lebih suke tidur berbanding basuh baju…jadi hamba ambil kesempatan untuk menambah duit poket hamba..Hamba memulakan bisnes dobi pertama ketika itu..Hamba mengambil upah membasuh baju pada setiap hujung minggu…Niat hamba hanya satu..bile dapat duit, hamba nak simpan untuk belanja kawan baek hamba kat kampong..mase tu memang die la satu-satunya kawan hamba..mase tu memang persahabatan kami teguh..tapi kini dah musnah kerana kawan hamba ni pencinta wanita..Rela korban kawan demi kelihatan hebat dimata wanita..
Berbalik kepada cerita basuh baju tadi..Hamba kenakan caj 20sen sehelai pakaian dan 50sen bagi cadar dan selimut…Penat jangan cakap la..tapi demi menghargai nilai seorang kawan…kepenatan itu menjadi satu keseronokan..
Cuba teka berapa hamba dapat setiap hujung minggu?Haaa….Hamba Cuma dapat lebih kurang RM7-Rm10..tak la banyak..tapi bagi hamba ketika itu nilai itu sudah cukup besar..Biase la budak-budak..Nilai duit sebesar itu begitu banyak sekali…
Huhuhhu….tapi apa pun hamba begitu berdukacita kerana kehilangan seorang kawan yang amat hamba percayai…Apa pun terima kasih kepadamu wahai sahabat kerana sudi menemani perjalanan ku walau hanya untuk pertengahan jalan…Maafkan aku andai sepanjang perjalanan ini banyak membebanimu..Biarkan aku teruskan perjalanan ini..Bila aku tiba di penamat, aku tetap akan menunggumu destinasi itu….
Sekiaannn…
No comments:
Post a Comment