Thursday, July 22, 2010

Rahsia Disebalik Secawan Teh


Di suatu petang yang hening, duduklah seorang bapa bersama anaknya di anjung sambil menikmati angin petang bersama sedikit hidangan berupa seteko teh ‘o’ bersama sedikit cekodok pisang…Si bapa melihat anaknya itu begitu gopoh menjamu cekodok itu kerana cekodok pisang merupakan kegemaran anaknya…Si bapa hanya tersenyum melihat telatah anak kecilnya itu…

“Pak..tolong tuangkan air untuk adik...Tersedak la...” pinta si anak..

Si bapa hanya tersenyum sambil menuangkan air teh ke dalam 2 biji cawan…kedua-dua cawan itu diisi dengan separa penuh..Si bapa kemudiannya mengangkat salah satu cawan itu lalu bertanya kepada si anak..

“Nak..antara dua cawan ni, yang mana satu lebih berat?” Tanya si bapa sambil tersenyum menampakkan kelompangan pada giginya..Barangkali disebabkan beliau sudah tua..Jadi terdapat beberapa batang gigi yang gugur bersama usianya..

Si anak termanggu seketika.. “apalah bapak ni…aku mintak air..berat cawan pulak ditanya..”desis hatinya..

Si anak lantas menjawab “ sudah tentu kedua-dua nya sama berat kerana tadi kan bapak isi sama banyak dalam kedua-dua cawan tu…”

Si bapa tersenyum mendengar jawapan anaknya itu..Lantas beliau menjawab..Sambil meletakkan cawan yang dipegangnya.

“Benar sekali jawapan itu..Tapi sebenarnya bukan berat yang menjadi masalah..Tapi berapa lama yang kita guna untuk angkat cawan tu..Jika terlalu lama kita angkat cawan tu, nescaya tangan kita akan berasa penat..”

Si anak masih bingung dengan ujaran bapanya itu..Otaknya ligat berfikir untuk menangkap apa yang ingin disampaikan oleh bapanya itu..

Bapanya menyambung “Begitu juga dalam hidup kita..Walau seringan mana masalah, jika kita terlalu memikirkannya, sudah tentu jiwa kita akan begitu terganggu olehnya..Jadi eloklah kita rehatkan jiwa seketika..Lupakan masalah kita sebentar..Nescaya beban itu dapat dikurangkan..Kita cuma manusia..Kita tidak dapat menyelesaikan semua masalah kita dalam satu masa..Jadi bertindaklah dengan bijak..Jangan terus menyerang tanpa mengetahui tujuan kamu..Fikir sebelum bertindak..Jika kamu tudak menjumpai penyelesaian dalam masalah kamu, kembalilah kepada Yang Maha Esa. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui..Cuma kita yang melupakanNya.”

Si anak mengangguk tanda faham..Tapi dia masih mahukan air kerana tercekik cekodok pisang..

Pak..bak sini air tu..Tercekik ni..”

“Oh..Bapak terlupa..Ambillah..Tapi bapak mahu kamu ingat pesanan bapak tadi sampai akhir hayat kamu..”

Si anak hanya mengangguk sambil mencapai secawan the yang dihulurkan oleh ayahnya..

No comments:

Post a Comment