Tuesday, July 27, 2010

Cerita Masa Kecil ( Beruk )


Kepada pembaca sekalian…Maaflah kerana sudah 2 hari hamba tak update blog…Hamba minggu ni agak sibuk sedikit dan tambahan lagi hamba sekarang mengalami jiwa kacau…Huhuhu…Tadi mase duk kat kedai gunting rambut, hamba teringat la semasa hamba kecil dulu..Mase tu hamba berumur 6 tahun…

Ketika itu hari Sabtu kalau hamba tidak silap..Ketika sedang asyik bermain di belakang rumah, tiba-tiba hamba terdengar bunyi motorsikal berhenti di depan rumah hamba..Hamba segera berlari menuju ke halaman rumah untuk meninjau apa yang sedang berlaku…Hamba lihat ayah hamba sedang bercakap dengan seorang lelaki lewat 50-an..Hamba tidak begitu jelas dengan butir-butir percakapan mereka..Tetapi apa yang menarik perhatian hamba ialah lelaki itu membawa seekor haiwan yang belum hamba pernah lihat selama ini…Bentuknya seakan kera tetapi yang ini lebih besar dan Nampak lebih kuat…Menurut ayah hamba, binatang itu namanya beruk…Ooooo beruk…Itulah kali pertama hamba melihat beruk…

Hamba ni memang pantang tengok binatang ( kecuali katak dan cicak ), mesti hamba ingin sentuh…Hamba mengekori lelaki tadi bersama haiwan peliharaannya itu ke belakang rumah..Seterusnya lelaki itu membawa beruk itu tadi ke sebatang pohon kelapa lalu mengarahkannya memanjat pohon kelapa itu…Sebiji demi sebiji buah kelapa dijatuhkan oleh beruk itu… “Wow…Hebat..Macam professional..” fikir hamba..Setelah selesai mengerjakan pohon kelapa itu, seterusnya sang beruk meneruskan kerjanya ke pohon kelapa lain sehingga habis semua pohon kelapa dikerjakannya..

Setelah selesai bertugas, lelaki tadi menambat beruk itu di sebatang pokok duku dan kemudiannya lelaki itu tadi meninggalkan beruk berehat itu keseorang menikmati air kelapa muda pemberian tuannya…Kini beruk itu tinggal keseorangan (keseekoran?)..Keinginan hamba untuk menyentuh beruk itu semakin menjadi-jadi…Hamba mencari makanan untuk diberikan kepada beruk itu…Malangnya hamba tidak tahu apa makanan kegeramaran seekor beruk…Setelah puas mencari, hamba terjumpa seiikat akar kangkung yang dibuang oleh bonda..Hamba segera mengambilnya untuk diberikan kepada beruk itu ( mane la hamba tau beruk tak makan kangkung )..

Hamba menghampiri sang beruk itu tadi…Setibanya dihadapan sang beruk, hamba segera menghulurkan akar kangkung itu tadi…Sang beruk memandang hamba dengan tajam dan terus menerkam kearah hamba…Hamba sangka dia ingin berada dipangkuan hamba, jadi hamba biarkan je la…Sang beruk tadi melompat berpaut pada tangan hamba lalu tiba-tiba membuka mulutnya menampakkan giginya yang kekuningan dan tajam..Sang beruk itu kemudiannya menggigit hamba dengan kuat…Hamba terkejut..Tidak sakit..Mungkin kerana terkejut sebab tu tak sakit..Hamba tidak berani menjerit kerana takut tuannya marah..Huhuhu..jadi hamba biarkan beruk tu buat apa yang dia mahu..Tidak lama selepas itu, sang beruk berhenti…Mungkin kerana kehairanan kerana hamba tidak melawan..Sang beruk melepaskan hamba…Hamba kemudiannya terus membuka langkah kemahiran hamba…LANGKAH SERIBU…Hamba memecut sekuat hati lari dari beruk itu dan terus masuk ke dalam rumah..Huhuhuhuhu

Itulah kali terakhir hamba berada dekat dengan beruk..Huhuhu…Setakat itu saja untuk kali ini..Jam hamba pun menunjukkan dah lewat ni..Jam dan tarikh dalam blog ni pening sket..Hamba xreti nk seting..Waktu ikut Negara Amerika barangkali..Nanti la hamba Tanya kepada yang pakar..Tiada kesempatan lagi..Kerja bertimbun…Sekian dulu dari hamba..Ikuti perkembangan blog ini untuk membaca lebih banyak cerita tentang zaman kanak-kanak hamba.

No comments:

Post a Comment