Friday, July 23, 2010

Perhargaan Buat yang Teristimewa


Malam ni hati hamba begitu sayu sekali…Terasa kekurangan dalam diri hamba…Hati hamba begitu rindukan si ‘dia’…Si ‘dia yang telah banyak mengubah hidup hamba…Yang memimpin hamba ketika hamba tidak tahu kemana arah yang hamba perlu tuju..Yang memberi cahaya harapan ketika hamba bergelap dalam kekecewaan…Yang memberikan hamba kekuatan ketika hamba tersungkur terbaring..

‘Dia” lah yang mengajarku erti sebuah kehidupan..Memberiku keberanian untuk melangkah..Membuka mataku untuk memandang harapan..Mengajarku menggapai sebuah impian..Membawaku ke atas tatkala ku tercemar di bawah..

Oh mulia sungguh si ‘dia’…Pengorbanan mu begitu besar sekali dalam hidupku..Memberi nafas roh dalam perjuangan ku…Memberikan ku kekuatan untuk mengangkat tangan menepis segala kekusutan..Menyambutku ketika ku hampir rebah..

‘Dia’ begitu istimewa bagiku…Segala usaha, pengorbanan dan kecekalannya menjadi pemandu untuk ku meneruskan perjalan hidup ini….Jika dulu hamba hanya orang yang terdidik..Kini hamba berusaha menjadi pendidik..Agar suatu hari nanti hamba akan mampu memberi harapan yang serupa kepada insan yang akan hamba didiki…

Terima Kasih Cikgu! Walau berjuta ku ucap penghargaan…namun sudah pasti tidak cukup untuk menyamai dengan jasamu yang begitu tak terkira bilangannya umpama bintang dilangit..Terima kasih..Jika dulu dikau mencurahkan kasih dan pengorbanan mu kepada ku, kini tiba pula giliranku untuk meneruskan kitaran ini..Akan ku pimpin tunas-tunas harapan ini agar suatu hari nantu mereka pula akan meneruskan perjalanan ini…Terima Kasih Cikgu….Aku begitu terhutang denganmu..Terima kasih….

‘Dia’ yang hamba maksudkan ialah Puan Rusnani binti Ishak yang telah membawa cahaya harapan ke dalam hidup hamba..Tanpanya sudah tentu hidup hamba masih bergelap hingga kini..Syukur Ya Allah kerana kau telah hadirkan seorang insan yang begitu teristimewa dalam hidupku selepas kedua ibu bapaku..Kau limpahkanlah kasih dan rahmatMu kepadanya kerana beliau lebih berhak mendapatnya berbanding dengan ku…Aminnnn

TERIMA KASIH CIKGU


No comments:

Post a Comment