Friday, July 30, 2010

Kompang dan Iramanya

Hari ni hamba belajar main kompang…Asas main kompang ni ada 2…Pertama Melanau dan keduanya Melingkar…Apa yang menarik perhatian hamba ialah, kedua-dua irama ini seolah-olah tidak lengkap kalau tidak dimainkan bersama…Ada ruang-ruang kosong yang tidak lengkap bunyinya…Sebab itu, kedua-dua irama ini mestilah dimainkan bersama-sama untuk mecipta 1 irama yang sempurna…

Sama seperti kehidupan kita…Kenapa Allah menciptakan manusia ini dengan pelbagai? Kenapa semuanya tidak sama…Jawapannya mudah saja…Sama seperti irama kompang tadi..Kita dicipta untuk melengkapi antara 1 sama lain..Sudah tentu tida manusia yang sempurna dalam dunia ini…Setiap orang ada kelemahan mereka yang tersendiri…Oleh itu kita memerlukan orang lain untuk melengkapi dan menutup kelemahan dan kekurangan kita…

Cuba anda semua bayangkan jika semua manusia dalam dunia ni sifatnya sama….Bayangkan…Agak-agak tuan hamba la, mampukah dunia seharian kita menjadi menarik? Bayangkan setiap orang pakai yang sama, makan yang sama, minum yang sama, perangai yang sama, rupa yang sama, tinggi yang sama, dan gaya yang sama…Tidakkah jemu mata kita memandang? Jadi sebab itulah Allah mencipta manusia itu pelbagai..Untuk saling melengkapi…

Ada orang sering mengeluh dengan kekurangannya…Sering mengimpikan kelebihan sama seperti orang lain..Saudara….Sebenarnya kita dicipta denga kelebihan dan kekurangan…Tapi kenapa kita tidak Nampak dimana kelebihan kita? Jawapannya mudah saja…Kerana kita terlalu memikirkan akan kelemahan kita…Sebenarnya, kelemahan kita itu satu kelebihan…Kenapa hanba berkata demikian?...Begini…Cuba tuan hama bayangkan jika tuan hamba menggunakan kekurangan tuan hamba untuk mencipta sesuatu yang hebat, sudah tentu ia akan menjadi kejuta kepada semua lantas menyerlahkan kehebatan tuan hamba…Sebagai contoh, lihat Elbert Einstein…Semasa zaman persekolahnnya, beliau diketegorikan dalam pelajar lemah…Tapi cuba tuan hamba lihat apa sumbangan beliau dalam teknologi..Seorang pelajar lemah menjadi salah seorang penggerak kemajuan dunia…Lihat pula Boon Siew, pengasa Honda…Beliau tidak tahu membaca dan menulis…Tapi beliau menjadi salah seorang jutawan dunia..

KENAPA???? Jawapannya ialah kecekalan…Jangan undur walau terhalang…Jangan berhenti andai disekat..Jangan mengalah walau jalan tersekat...Ingat..Jalan bukan cuma 1…Destinasi kita satu tapi jalannya ada beribu-ribu…Jika tersesat diperjalanan, carilah jalan lain…Dan janganlah sesekali berhenti melangkah…Jika kesunyian dalam perjalanan, carilah seorang teman untuk menemani tuan hamba…Kerana kita bukan dicipta berseorangan dalam dunia ini….

Sekian…..

Tuesday, July 27, 2010

Cerita Masa Kecil ( Beruk )


Kepada pembaca sekalian…Maaflah kerana sudah 2 hari hamba tak update blog…Hamba minggu ni agak sibuk sedikit dan tambahan lagi hamba sekarang mengalami jiwa kacau…Huhuhu…Tadi mase duk kat kedai gunting rambut, hamba teringat la semasa hamba kecil dulu..Mase tu hamba berumur 6 tahun…

Ketika itu hari Sabtu kalau hamba tidak silap..Ketika sedang asyik bermain di belakang rumah, tiba-tiba hamba terdengar bunyi motorsikal berhenti di depan rumah hamba..Hamba segera berlari menuju ke halaman rumah untuk meninjau apa yang sedang berlaku…Hamba lihat ayah hamba sedang bercakap dengan seorang lelaki lewat 50-an..Hamba tidak begitu jelas dengan butir-butir percakapan mereka..Tetapi apa yang menarik perhatian hamba ialah lelaki itu membawa seekor haiwan yang belum hamba pernah lihat selama ini…Bentuknya seakan kera tetapi yang ini lebih besar dan Nampak lebih kuat…Menurut ayah hamba, binatang itu namanya beruk…Ooooo beruk…Itulah kali pertama hamba melihat beruk…

Hamba ni memang pantang tengok binatang ( kecuali katak dan cicak ), mesti hamba ingin sentuh…Hamba mengekori lelaki tadi bersama haiwan peliharaannya itu ke belakang rumah..Seterusnya lelaki itu membawa beruk itu tadi ke sebatang pohon kelapa lalu mengarahkannya memanjat pohon kelapa itu…Sebiji demi sebiji buah kelapa dijatuhkan oleh beruk itu… “Wow…Hebat..Macam professional..” fikir hamba..Setelah selesai mengerjakan pohon kelapa itu, seterusnya sang beruk meneruskan kerjanya ke pohon kelapa lain sehingga habis semua pohon kelapa dikerjakannya..

Setelah selesai bertugas, lelaki tadi menambat beruk itu di sebatang pokok duku dan kemudiannya lelaki itu tadi meninggalkan beruk berehat itu keseorang menikmati air kelapa muda pemberian tuannya…Kini beruk itu tinggal keseorangan (keseekoran?)..Keinginan hamba untuk menyentuh beruk itu semakin menjadi-jadi…Hamba mencari makanan untuk diberikan kepada beruk itu…Malangnya hamba tidak tahu apa makanan kegeramaran seekor beruk…Setelah puas mencari, hamba terjumpa seiikat akar kangkung yang dibuang oleh bonda..Hamba segera mengambilnya untuk diberikan kepada beruk itu ( mane la hamba tau beruk tak makan kangkung )..

Hamba menghampiri sang beruk itu tadi…Setibanya dihadapan sang beruk, hamba segera menghulurkan akar kangkung itu tadi…Sang beruk memandang hamba dengan tajam dan terus menerkam kearah hamba…Hamba sangka dia ingin berada dipangkuan hamba, jadi hamba biarkan je la…Sang beruk tadi melompat berpaut pada tangan hamba lalu tiba-tiba membuka mulutnya menampakkan giginya yang kekuningan dan tajam..Sang beruk itu kemudiannya menggigit hamba dengan kuat…Hamba terkejut..Tidak sakit..Mungkin kerana terkejut sebab tu tak sakit..Hamba tidak berani menjerit kerana takut tuannya marah..Huhuhu..jadi hamba biarkan beruk tu buat apa yang dia mahu..Tidak lama selepas itu, sang beruk berhenti…Mungkin kerana kehairanan kerana hamba tidak melawan..Sang beruk melepaskan hamba…Hamba kemudiannya terus membuka langkah kemahiran hamba…LANGKAH SERIBU…Hamba memecut sekuat hati lari dari beruk itu dan terus masuk ke dalam rumah..Huhuhuhuhu

Itulah kali terakhir hamba berada dekat dengan beruk..Huhuhu…Setakat itu saja untuk kali ini..Jam hamba pun menunjukkan dah lewat ni..Jam dan tarikh dalam blog ni pening sket..Hamba xreti nk seting..Waktu ikut Negara Amerika barangkali..Nanti la hamba Tanya kepada yang pakar..Tiada kesempatan lagi..Kerja bertimbun…Sekian dulu dari hamba..Ikuti perkembangan blog ini untuk membaca lebih banyak cerita tentang zaman kanak-kanak hamba.

Sunday, July 25, 2010

Sebuah Penantian


Tanpa ku sedar, hamba telah hamper tiba ke penghujung hari…Masuk hari ini, genaplah 3 minggu hamba menunggu jawapan darinya.. “Masih ada harapan” fikir benakku..Hanya tinggal seminggu dua hari lagi sebelum tempoh sebulan yang hamba berikan kepadanya supaya memikirkan tentang permintaan hamba..

Hamba begitu berharap jawapan yang mengembirakan dari pihaknya..Tapi jika permintaan hamba ditolak sekalipun, hamba tidak akan berduka..Mungkin itu pilihan yang terbaik darinya..Tapi hati hamba tidak dapat menahan keinginan untuk mengetahui apakah jawapan darinya..Adakah dia setuju? Mahupun sebaliknya? Itu semua bergantung kepada ketetapan Allah..Hamba cuma dia membalas surat hamba…Tidak kisah jika ditolak..Hamba Cuma ingin tahu jawapan dan sebabnya..

Adakah dia masih belum bersedia? Atau sudah milik orang? Atau dia masih belum terfikir lagi tentang hal ini? Atau mungkin hamba bukan pilihannya? Begitu banyak andaian bermain dalam fikiran hamba…Keliru, takut dan ingin tahu bercampur aduk dalam fikiran hamba…Hingga setiap hari yang hamba lalui terasa begitu lama sekali..

Mengapa hamba memilihnya? Ramai orang bertanya soalan ini kepada hamba..Dalam memilih pasangan hidup, sebenarnya kita tidak memilih untuk diri kita sendiri…Tetapi untuk anak-anak yang bakal mewarisi kita..Jika baik pasangan kita..Maka akan InsyaAllah keturunan kita juga akan menjadi baik-baik semuanya…Hamba tidak melihat rupa..Hamba melihat agamanya…Hamba lihat dia menutup aurat dengan bagus sekali..Aurat dijaga, sudah tentu ibadah juga terjaga…Perilakunya juga sopan..Menepati ciri-ciri yang hamba cari…Itu saja…Hamba memilihnya kerana Allah…

Hamba tidak meminta untuk berpacaran dengannya…Hamba cuma mahu dia setuju untuk menjadi bakal isteri kepada bakal anak-anak hamba..Bila sudah tiba masa, hamba akan masuk meminang…Hamba bukan jenis bercakap tanpa tindakan…Apa yang hamba ucap, itulah yang hamba akan buat..Zaman sekarang susah untuk mendapat pilihan pasangan yang baik…Sementara apa yang hamba cari selama ini ada di depan mata, lebih baik hamba ‘cop’ awal-awal..

Itu saja..Jika saudari yang dimaksudkan membaca post ini, hamba berharap saudari mengambil inisiatif..Hamba menunggu jawapan saudari..Hamba menyatakan hasrat hamba dengan cara baik…Jika saudari ingin menolak, biarlah dengan cara yang baik…Andai kata saudari menolak, hamba menerima..Kerana cinta itu bukan untuk dimiliki, tetapi untuk melihatnya bahagia…Tapi..sekurang-kurangnya nyatakan lah kenapa agar jika ada kerompongan pada diri hamba ini, dapat hamba perbaiki…

Sekian….

Cara-Cara Menghantar Email

Disini hamba ajarkan bagaimana untuk menghantar email...(sebab dulu pun hamba xreti jgk..xde orang nak ajar..so hamba explore sendiri la)

Step 1
Tulis dulu kat Microsoft Words


Step 2
Login dulu akaun email anda

Step 3
Klik 'NEW'


Step 4
Masukkan adress email dan subjek

Step 5
Klik 'attach file' kemudian 'choose file'




Step 6
Pilih file words tadi kemudian klik 'open' kemudian 'attach file'





Step 7
Klik 'send'


BERJAYA













BARUUU!!!

Mulai hari ini, jika saudara atau saudari mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin membincangkan masalah anda, boleh lah email kan ke pingu_penyu@yahoo.com.my...
Format adalah seperti berikut:

Nama : Nama panggilan je/nama samaran
Email:
Tarikh
Cadangan/Pertanyaan/Masalah :




Kemudian mesej hamba ( tkut xprasan kalau email masuk)..Tulis camni..S.O.S..hamba paham la tu…
Ni nombor hamba 0179594953
Tapi kalau sekadar nak kacau jangan la..
InsyaAllah hamba akan membantu…Kita semua tidak sempurna..Jadi marilah sama-sama kita menbantu..Mungkin hari ini hamba bantu anda..Mungkin lain hari anda semua akan bantu hamba..^^

Saturday, July 24, 2010

Cerita Waktu Kecil ( Naik Bas )


Huhuhu..Kali ni hamba ingin bercerita tentang pengalaman hamba menaiki bas ketika berumur 6 tahun..Ketika itu hamba sedang menziarahi rumah Kak Cik hamba di Selayang Baru, Selangor..Mase tu hamba keluar bersama Kak Sue dan bonda hamba..Hamba masih ingat lagi ketika itu Kak Sue hamba berjanji untuk membeli mainan robot untuk hamba…Tapi malangnya setelah seharian ber‘shopping’, tiada satu pun robot yang hamba berkenan..

Akhirnya pulanglah hamba dengan perasaan kecewa…Semasa menunggu bas untuk pulang ke rumah Kak Cik, Kak Sue hamba memujuk hamba kerana ketika itu hamba sedang merajuk ( mulut pun muncung semacam je )…Biase la..Anak bongsu…hhahahah…

“Adik jangan la merajuk..Nanti Kak Sue beli yang besar untuk adik yeee….” Pujuk Kak Sue yang cuba bermain angin dengan hamba..Akhirnya hamba termakan pujuk rayu Kak Sue…hahahaha

Tidak lama kemudian, bas ke Selayang Baru tiba..Bas warna merah gelap…Maka hendak dipendekkan cerita, masa berada di dalam bas tu, hamba terlena..Xde benda lain yang hamba mimpi..Mimpi pasal robot la..Mimpi hamba jadi robot…Pastu lawan ngan robot jahat..Tengah duk asyik berbalas serangan, hujan pun turun…Tiba-tiba hamba merasakan seluruh daratan bergegar..Hamba dan lawan hamba hilang imbangan..Kedua-duanya rebah ke bumi…

“Argghh..Kuasa apakah ini..” desis hatiku..TIdak lama kemudian, sepasang tangan yang besar muncul dari langit lalu dengan pantas menangkap hamba..Hamba digenggam dengan erat..Hamba berusaha dengan sekuat tenaga untuk membebaskan diri..

Kemudian terdengar satu suara berkata kepada hamba.. “Fahmi…Fahmii”…Hamba masih bingung..Kemudian daratan bergoncang lagi…Suara itu semakin kuat.. “Fahmi..Fahmi..Bangun..dah sampai ni”…Laa…rupanya suara Kak Sue..Mimpi rupanya…

“Eh..apsal basah ni..Laa….Fahmi kencing laa…”tegur Kak Sue…Hamba masih dalam kebingunan..Hamba melihat seluar hamba..Hah..Basah la…Adesss…Memalukan sungguh…Hamba cepat-cepat turun dari bas..Takut driver bas marah la..Huhuhu..Hamba terus berlari masuk kedalam rumah Kak Cik..Kebetulan ketika itu ada seorang budak perempuan ade depan rumah Kak Cik..Hamba sudah lupa namanya tapi dia memang rapat dengan hamba..Adussss…Lagi la bertambah memalukan..Jem…Pastu Kak Sue pulak yang menjerit.. “FAHMI….PERGI TANDAS TERUS….TUKAR SELUAR…XMALU KENCING ATAS BAS..”….Wargghhhh…Seluruh kawasan perumahan plak yang tahu..Mujurlah malam tu hamba berangkat pulang ke Terengganu…Itulah kali terakhir hamba pergi ke Selayang Baru..Ingatan itu masih segar dalam ingatan ku…

Moral: Jangan tidur dalam bas kalau tak pakai pampersßUntuk kanak-kanak sahaja…

Sekian…

Friday, July 23, 2010

Perhargaan Buat yang Teristimewa


Malam ni hati hamba begitu sayu sekali…Terasa kekurangan dalam diri hamba…Hati hamba begitu rindukan si ‘dia’…Si ‘dia yang telah banyak mengubah hidup hamba…Yang memimpin hamba ketika hamba tidak tahu kemana arah yang hamba perlu tuju..Yang memberi cahaya harapan ketika hamba bergelap dalam kekecewaan…Yang memberikan hamba kekuatan ketika hamba tersungkur terbaring..

‘Dia” lah yang mengajarku erti sebuah kehidupan..Memberiku keberanian untuk melangkah..Membuka mataku untuk memandang harapan..Mengajarku menggapai sebuah impian..Membawaku ke atas tatkala ku tercemar di bawah..

Oh mulia sungguh si ‘dia’…Pengorbanan mu begitu besar sekali dalam hidupku..Memberi nafas roh dalam perjuangan ku…Memberikan ku kekuatan untuk mengangkat tangan menepis segala kekusutan..Menyambutku ketika ku hampir rebah..

‘Dia’ begitu istimewa bagiku…Segala usaha, pengorbanan dan kecekalannya menjadi pemandu untuk ku meneruskan perjalan hidup ini….Jika dulu hamba hanya orang yang terdidik..Kini hamba berusaha menjadi pendidik..Agar suatu hari nanti hamba akan mampu memberi harapan yang serupa kepada insan yang akan hamba didiki…

Terima Kasih Cikgu! Walau berjuta ku ucap penghargaan…namun sudah pasti tidak cukup untuk menyamai dengan jasamu yang begitu tak terkira bilangannya umpama bintang dilangit..Terima kasih..Jika dulu dikau mencurahkan kasih dan pengorbanan mu kepada ku, kini tiba pula giliranku untuk meneruskan kitaran ini..Akan ku pimpin tunas-tunas harapan ini agar suatu hari nantu mereka pula akan meneruskan perjalanan ini…Terima Kasih Cikgu….Aku begitu terhutang denganmu..Terima kasih….

‘Dia’ yang hamba maksudkan ialah Puan Rusnani binti Ishak yang telah membawa cahaya harapan ke dalam hidup hamba..Tanpanya sudah tentu hidup hamba masih bergelap hingga kini..Syukur Ya Allah kerana kau telah hadirkan seorang insan yang begitu teristimewa dalam hidupku selepas kedua ibu bapaku..Kau limpahkanlah kasih dan rahmatMu kepadanya kerana beliau lebih berhak mendapatnya berbanding dengan ku…Aminnnn

TERIMA KASIH CIKGU


Kenangan SMT Dungun


Ini lah wajah seorang insan yang telah merubah hidup hamba...Terima kaseh Cikgu Rusnani Ishak..jasamu tetap menjadi ingatanku sampai bila-bila..Xdapat ku balasi walau segunung khzanah ku kumpulkan, walau beribu kali ku ucap terima kasih...Dirimu umpama sang bulan yang membawa cahaya dalam kegelapan malam hidupku..TERIMA KASEH CIKGU..kalau bukan kerana cikgu, saya tidak akan berada ditahap ini



Wahai sahabat..Teruskanlah langkahmu..Walau berbeza persimpangan kita..Yang pasti kita akan tiba ke destinasi yang sama..Apa yang berbeza cumalah apa yang kita lalui dalam perjalanan..Janganlah kamu sesekali berhenti melangkah..Kerana sesungguhnya kita tidak tahu bila kita akan tiba di penamat..Mungkin kita berhenti itu hanya setapak lagi dari garisan penamat...Jadi, tabahkanlah hati mu..Kuatkan lah jiwa mu..Teruskanlah melangkah..Kita mempunyai hutang yang besar yang tak mampu kita bayar...Tapi cukuplah sekadar kita berani melangkah ke destinasi agar kita tidak kecewakan 'dia'...


Cerita Waktu Kecil ( Lawatan )

Ahhh…Zaman kanak-kanak memang indah..Kenangan pahit dan manis menjadi memori hingga kini..Kadang-kadang lucu…Kadang-kadang syahdu…Kali ni hamba hendak berkongsi kisah hamba sewaktu kecil dulu…InsyaAllah lain kali banyak lagi yang hamba akan kongsi…

Ketika itu hamba berada di TADIKA..Hari itu TADIKA hamba mengadakan lawatan ke Kolam Air Panas Kampung La..Masa yang diambil untuk sampai ke destinasi ialah lebih kurang 2jam…Hamba ada 1 tabiat buruk sewaktu kecil dulu..Iaitu setiap kali hamba berjalan jauh, hamba mesti akan rasa hendak kencing..

Huhuhuhu..Hendak dipendekkan cerita, dipertegahan jalan, hamba mula rasa hendak kencing…Tapi hamba tahan kerana hamba takut..Maklumlah..CIkgu TADIKA tu garang…jadi hamba diam je….Tapi tak lame lepas tu hamba memang dah xleh nak tahan…Hamba duk kat blakang ni asyik duk kepit-kepit..Xtahan..Ohhh tandas…Mana kamu…Hamba menuju ke arah cikgu hamba lalu hamba beritahu kepadanya yang hamba sudah hampir banjir…

“Cikgu…Lambat lagi ke nak sampai…Saya nak kencing ni..brenti la kejap..xtahan ni” ujar hamba.

“Laa…kat tadika tadi xkencing awal-awal…”jawab cikgu tu..

“Tadi xterase..Ni baru rase..Cepat cikgu…dah nak keluar ni..”ujar hamba sambil duk berkepit-kepit menahan keinginan..

“Ah..tahan je la..sket lagi nk sampai ni..”jawab cikgu tu.

Hamba pun tahan je la..Rupenye jauh lagi nak sampai..setengah jam kemudia baru la sampai ke destinasi..Seterusnya cikgu membawa kawe melawat ke semua kolam air panas di kawasan itu..Hamba pula sibuk mengintai mencari tandas..Rase macam nak pecah pundi kencing..Entah apa yang cikgu bebelkan hamba tidak tahu..kerana dalam kepala hamba hanyalah tandas je..

Tak lama kemudia, cikgu bagi peluang untuk kami berendam dalam kolam air panas..Wow..Satu peluang..Hamba pun terjun ke dalam kolam tu lalu hamba pun menunaikanlah hasrat hamba tu..

Hahahaha….Sssssssssshhhhhhhhhhh…Lega hamba..hamba kencing dalam kolam tu…hahaha..Padan muka…Sape suruh xnak brenti tadi..memang malang la sape yang mandi dalam kolam tu..

Selepas itu hamba pulang dengan berbalut tuala sahaja..Seluar hamba sudah basah dan kotor..Mujurlah ayah hamba juga ikuti lawatan itu..pada masa tu ayah hamba merupakan pengerusi PIBG..jadi beliau terpaksa pergi la…Ayah hamba tergelak besar selepas hamba cerita apa yang berlaku…ayah hamba hamnya menggelengkan kepalanya…Hahahahhaa.

Itu saja mengenai lawatan ni…Lain kali hamba akan cerita banyak lagi kepada anda semua…

Thursday, July 22, 2010

Rahsia Disebalik Secawan Teh


Di suatu petang yang hening, duduklah seorang bapa bersama anaknya di anjung sambil menikmati angin petang bersama sedikit hidangan berupa seteko teh ‘o’ bersama sedikit cekodok pisang…Si bapa melihat anaknya itu begitu gopoh menjamu cekodok itu kerana cekodok pisang merupakan kegemaran anaknya…Si bapa hanya tersenyum melihat telatah anak kecilnya itu…

“Pak..tolong tuangkan air untuk adik...Tersedak la...” pinta si anak..

Si bapa hanya tersenyum sambil menuangkan air teh ke dalam 2 biji cawan…kedua-dua cawan itu diisi dengan separa penuh..Si bapa kemudiannya mengangkat salah satu cawan itu lalu bertanya kepada si anak..

“Nak..antara dua cawan ni, yang mana satu lebih berat?” Tanya si bapa sambil tersenyum menampakkan kelompangan pada giginya..Barangkali disebabkan beliau sudah tua..Jadi terdapat beberapa batang gigi yang gugur bersama usianya..

Si anak termanggu seketika.. “apalah bapak ni…aku mintak air..berat cawan pulak ditanya..”desis hatinya..

Si anak lantas menjawab “ sudah tentu kedua-dua nya sama berat kerana tadi kan bapak isi sama banyak dalam kedua-dua cawan tu…”

Si bapa tersenyum mendengar jawapan anaknya itu..Lantas beliau menjawab..Sambil meletakkan cawan yang dipegangnya.

“Benar sekali jawapan itu..Tapi sebenarnya bukan berat yang menjadi masalah..Tapi berapa lama yang kita guna untuk angkat cawan tu..Jika terlalu lama kita angkat cawan tu, nescaya tangan kita akan berasa penat..”

Si anak masih bingung dengan ujaran bapanya itu..Otaknya ligat berfikir untuk menangkap apa yang ingin disampaikan oleh bapanya itu..

Bapanya menyambung “Begitu juga dalam hidup kita..Walau seringan mana masalah, jika kita terlalu memikirkannya, sudah tentu jiwa kita akan begitu terganggu olehnya..Jadi eloklah kita rehatkan jiwa seketika..Lupakan masalah kita sebentar..Nescaya beban itu dapat dikurangkan..Kita cuma manusia..Kita tidak dapat menyelesaikan semua masalah kita dalam satu masa..Jadi bertindaklah dengan bijak..Jangan terus menyerang tanpa mengetahui tujuan kamu..Fikir sebelum bertindak..Jika kamu tudak menjumpai penyelesaian dalam masalah kamu, kembalilah kepada Yang Maha Esa. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui..Cuma kita yang melupakanNya.”

Si anak mengangguk tanda faham..Tapi dia masih mahukan air kerana tercekik cekodok pisang..

Pak..bak sini air tu..Tercekik ni..”

“Oh..Bapak terlupa..Ambillah..Tapi bapak mahu kamu ingat pesanan bapak tadi sampai akhir hayat kamu..”

Si anak hanya mengangguk sambil mencapai secawan the yang dihulurkan oleh ayahnya..

Sunday, July 18, 2010

Sedikit Tentang Latar Persekolahan Hamba

Seperti yang tuan hamba sedia maklum, hamba mendapat pendidikan awal di TADIKA Felda Chalok Barat selama 6 bulan..Kemudiannya hamba diterima masuk ke darjah 1 di SK LKTP Chalok Barat ketika berumur 6tahun..

Ketika berumur 12tahun, iaitu ketika darjah 6, hamba menumpang di Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot, Batu Rakit, Kuala Terengganu yang juga tempat Kak Long hamba mengajar kerana ketika itu ayah dan bonda hamba pergi menunaikan haji…Jadi tiada orang di kampung untuk menjaga makan minum hamba, oleh itu Kak Long mempelawa hamba untuk tinggal bersamanya untuk seketika..Hamba menuntut di sana selama 2 bulan…Selepas itu hamba kembali ke kampong halaman dan kembali belajar di SK LKTP Chalok Barat..

Selepas keputusan UPSR keluar, hamba menyambung pendidikan di SMK Chalok kerana keputusan hamba tidak begitu cemerlang ( 3a2b)..Hamba dipilih untuk mengikuti kelas bahasa arab, 1KA..Hamba juga ditawarkan mengikuti Kelas Rancangan Khas(RK) tetapi hamba menolak kerana setiap pelajar RK diwajibkan tinggal di asrama..Hamba masih belum bersedia untuk berpisah dengan ayah dan bonda hamba..huhuhu..2 minggu kemudian, hamba ditawarkan belajar di SMK Pelong, Setiu, Terengganu…Hamba terpaksa menerima kerana ayah dan bonda mengharapkannya…Tapi malangnya hamba memohon untuk kembali ke SMK Chalok kerana hati dan jiwa hamba tidak dapat menyesuaikan diri (biase la..kne pakse masuk..huhuhu)…Tapi ketika belajar di SMK Pelong, hamba bergiat aktif dalam penulisan dan deklamasi sajak, pertandingan pantun dan syair…Pernah mewakili sekolah dan hamba juga pernah menyertai Pertandingan Sayembara Puisi Terbuka di Perkampungan Budaya peringkat daerah Setiu..tapi dapat saguhati je.. hahaha…

Setelah setahun 7 bulan belajar di SMK Pelong, hamba kembali ke SMK Chalok..Sekali lagi hamba menolak untuk mengikuti Kelas Rancangan Khas..hamba lebih selesa berada di kelas biasa..jadi hamba memilih kelas 2A1..Ketika di SMK Chalok, hamba bergiat aktif dalam Pengakap..hamba mendapat tahap Pengakap Muda dan dibenarkan memakai rambu hijau..Tahun berikutnya hamba menduduki peperksaan PMR dan hanya mendapat 2A6B sahaja..Penghujung tahun 2006, hamba mengikuti Jambore Pengakap peringkat kebangsaan yang diadakan di Jelebu, Negeri Sembilan..Hamba hampir mendapat pangkat Pengakap Raja tetapi tidak sempat menghabiskannya kerana ketika tingkatan 4, hamba masuk ke Sekolah Menengah Teknik Dungun, Terengganu…kat sini aktiviti pengakapnya tidak aktif..

Semasa hamba membuat keputusan untuk belajar di SMT Dungun, hajat hamba ditentang hebat oleh bonda hamba kerana katanya sekolah teknik ni untuk pelajar yang xde harapan..nyata pandangan bonda hamba silap..Mujurlah Kak Long hamba pulang dan menerangkan tentang kebenaran mengenai Sekolah Teknik..Akhirnya hamba Berjaya masuk ke SMT Dungun..

Selepas belajar disana selama 2 tahun, hamba di tawarkan melanjutkan pelajaran di JMTi(Japan-Malaysia Technical Institute), di Pulau Pinang..Hamba masuk menggunakan result percubaan SPM..Mulanya hamba masuk sekadar mengikuti kursus selama 6 bulan..Selepas keputusan SPM keluar, Alhamdulillah hamba mendapat keputusan yang memberangsangkan sehinggakan menjadi antara 10 pelajar cemerlang sekolah(6a2b1c1d)..Bonda hamba mendesak untuk hamba mengikuti pelajaran di Universiti tapi hamba menolak kerana bagi hamba bukan hanya university jalan untuk Berjaya..Hamba meneruskan pengajian di JMTi dalam Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik dengan harapan apabila keluar nanti, hamba akan Berjaya menjadi guru untuk sekolah teknik..hamba juga mengisi permohonan ke Maktab Perguruan pada tahun 2009 tetapi tidak diterima jadi hamba meneruskan pengajian dengan harapan untuk mendalami bidang ini agar dapat berkongsi dengan pelajar apabila hamba menjadi guru kelak…

Tahun 2010, hamba sekali lagi memohon untuk memasuki Maktab Perguruan…hamba masih ingat lagi ketika itu bulan 3 tahun 2010..hamba menyatakan hasrat untuk menjadi seorang guru kepada kawan hamba tetapi malangnya hamba diejek..Guru ni low standard la katenye..hamba begitu marah..bagi hamba guru ni pekerjaan paling mulia dalam dunia ni..Tanggal 11 March 2010, hamba dengan beraninya menamatkan pengajian di JMTi kerana kebetulan ketika itu ayah hamba tidak begitu elok kesihatannya..Hamba mempertaruhkan nasib menunggu panggilan temuduga Maktab…Hamba pulang dengan impian yang baru..Membuktikan nilai guru tidak serendah yang diperkatakan..Mujurlah hamba berhenti..sekurang-kurangnya ade juga orang untuk menjaga ayah hamba..Tidak lama kemudian hamba dipanggil menghadiri satu temuduga maktab dan akhirnya disinalah segalanya bermula kembali..kini hamba belajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim di Johor Bharu..Di sinilah bermulanya langkah pertama dalam perjalan yang jauh….Insyallah hamba akan Berjaya…

Saturday, July 17, 2010

Baju dan Kawan


Fuhhh…Baru siap basuh baju…Da lame xbasuh baju gune tangan…huhu..slame ni gune mesin je….Mase duk basuh baju tu, teringat kat kenangan dulu dulu…

Mase tu hamba Tingkatan 1 kat SMK Pelong…Mase tu sekolah baru bukak..hamba merupakan batch pertama..jadi fasiliti tak cukup lagi la…nak basuh baju pun kne berus pkai tangan…Penat tu memang la penat…Tapi hamba lihat dari perspektif yang berbeza…

Kerja memberus ni memang penat..Ramai budak2 lebih suke tidur berbanding basuh baju…jadi hamba ambil kesempatan untuk menambah duit poket hamba..Hamba memulakan bisnes dobi pertama ketika itu..Hamba mengambil upah membasuh baju pada setiap hujung minggu…Niat hamba hanya satu..bile dapat duit, hamba nak simpan untuk belanja kawan baek hamba kat kampong..mase tu memang die la satu-satunya kawan hamba..mase tu memang persahabatan kami teguh..tapi kini dah musnah kerana kawan hamba ni pencinta wanita..Rela korban kawan demi kelihatan hebat dimata wanita..

Berbalik kepada cerita basuh baju tadi..Hamba kenakan caj 20sen sehelai pakaian dan 50sen bagi cadar dan selimut…Penat jangan cakap la..tapi demi menghargai nilai seorang kawan…kepenatan itu menjadi satu keseronokan..

Cuba teka berapa hamba dapat setiap hujung minggu?Haaa….Hamba Cuma dapat lebih kurang RM7-Rm10..tak la banyak..tapi bagi hamba ketika itu nilai itu sudah cukup besar..Biase la budak-budak..Nilai duit sebesar itu begitu banyak sekali…

Huhuhhu….tapi apa pun hamba begitu berdukacita kerana kehilangan seorang kawan yang amat hamba percayai…Apa pun terima kasih kepadamu wahai sahabat kerana sudi menemani perjalanan ku walau hanya untuk pertengahan jalan…Maafkan aku andai sepanjang perjalanan ini banyak membebanimu..Biarkan aku teruskan perjalanan ini..Bila aku tiba di penamat, aku tetap akan menunggumu destinasi itu….

Sekiaannn…

Thursday, July 15, 2010

Cinta dan Kita


Ada orang, bila bercinta(berkapel la),

Sentiasa rindu kat pasangan mereka…

Bak kata orang,

Makan xkenyang, tidur xlena, mandi xbasah..

Senang cite, setiap degupan jantungku hanyalah untukmu la..

Ada orang, bila putus cinta (clash dengan awek or pakwe), dirinya dirundung muram…

Katanya, hidup jadi kosong,hilang tempat bergantung…

Katanya, xmampu menghadapi hari-hari yang mendatang…

Hidup jadi tunggang terbalik,hamper gila dibuatnya..

Sedih hamba melihatnya..

Tapi…

Sedang kite asyik mengejar cinta yang tak pastti itu,lupakah kita akan DUA cinta yang sentiasa setia menanti kite..Sentiasa bersama sejak kite masih belum kenal apa itu sebenarnya cinta..Pernahkah kita berpaling lalu membalas cinta mereka dengan setulus hati?

Siapa yang hamba maksudkan?

Cinta yang suci

Cinta dari Allah

Cinta dari Ayah dan Bonda

Dari kite masih belum lahir lagi,kasih sayang mereka xpernah luntur..walau sekeras mane pun kite menolak mereka,walau sekeji mana pn perlakuan kite, walau sejauh mana pn kita meninggalkan mereka, walau sedurjana mana sekalipun kita membelakangi mereka,

Tapi

Cinta mereka sentiasa terbuka kepada kita..

Ada orang rindukan kekasih hinggan xlalu makan,xlena tidur..hantar mesej la.. “sayang ngah watpe tu” “abang cht xarini” sume msj ni penah kite bace atau mungkin kite sendiri yang mengutuskannya.

Tapi Tanya kat diri kite, dalam sepanjang hidup kite, brape kali kite rindukan kasih dari Allah..berapa kali kita mengalirkan air mata kerana rindukan Nya..Brape kali kite murung kerana ridukan Nya??

Tanya kat diri kite brape kali kite teringat kat ibu bapa kita…dalam seminggu, brape kali agaknya kite hubungi mereka dan bertanyakan khabar..alaaa…ni yang paling simple, dalam sehari, brape kali kite teringatkan mereka…brape kali kite rindukan mereka.. Tanye kat diri kite..agak-agaknye hari ni, brape kali ayah dan bonda kita rindukan kita…Pernahkah kite terfikir, hari ni brape kali da ayah dan bonda kite makan…sihat ke tidak mereka kat kampong…ape yang mereka ngah buat sekarang ni…gembirakah mereka sekarang ni..

Ingat wahai sahabatku…janganlah sampai “Yang dikejar tak dapat, Yang dikendong berciciran”

Hamba bukan menyindir..hamba Cuma berkongsi…kerana,hamba juga pernah mengabaikan dua cinta ini…akhirnya barulah hamba sedar…tiada cinta setulus cinta mereka..mengangkat hamba ketika hamba tumbang..menerangi hamba ketika hamba bergelap..memberi ketenangan ketika hati kegusaran..

Ayuhlah wahai sahabat…masa kita tidak panjang..begitu juga ayah dan bonda kita..masa mereka sudah tidak panjang wahai anak…mungkin hari ini…mungkin esok..mungkin ketika tuan hamba sedang membaca blog ini, mereka rupanya telah pergi….Sebelum terlambat..hubungilah mereka…beritahu mereka yang kita sayangkan mereka..sekali sudah memadai untuk memberi cahaya kepada mereka…sudah mencipta senyuman di wajah mereka…jika ditakdirkan mereka pergi..biarlah mereka pergi dengan hati yang tenang dan penuh kesyukuran…

Ayuhlah wahai sahabat…tadahlah tangan..mohonlah kepada Allah untuk cintaNya..sebelum pintu cintanya tertutup rapat..sebelum perjalanan berakhir dengan hampa…ingat lah..Allah sentiasa menyayangi kita..KasihNya sentiasa tercurah kepada kita walau kita tak pernah membalasnya..

Kembalilah wahai sahabat..Kembalilah..Sebelum kita tersungkur dalam perjalanan ini…

Wednesday, July 14, 2010

Manusia dan Cinta

Kali ni hamba nak cite tentang cinta..Wow..ni topic hangat yang sering menjadi isu remaja kita pada hari ini…Zaman ni kite tengok banyak filem-filem mengenai Cinta ni..

Sampai ade jugak yang terikut ikut dengan aksi dalam filem tu..Sehinggakan hamper sume anak muda mengimpikan kisah cinta yang romantis sama seperti dalam filem tersebut…

Tengah kite duk asyik bercinta ni..mari kite hayati sebuah firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“katakanlah kepada laki laki beriman.hendaklahmereka menahan pandagannya dan memelihara kemaluannya yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka.sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yg mereka perbuat" .katakanla kepada wanita beriman "hndkla mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluaannya.”

Surah an-nur ayat 30-31

Hayati firman yang satu lagi ni:

"janganlah kamu menghampiri zina,sesunguhnya zina itu sangat keji dah jalan yg amat jahat"

Surah israak ayat 32

Ape kaitan ayat di atas dengan zina?

Haaa…mesti saudara dan saudari mula gelisah kan..ape kaitan cinta,couple dan zina??????

Senang je..mula2 macam ni..anda bercinta…berkapel la dalam bahasa kite..tuan hamba kata “kami hanya berkapel..mane ade zina2 ni..xbaek la”… Ok macam ni..kalo da kapel, mesti nk berdua duaan kan?

Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?”

Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.

“Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah :

Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) .”

Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.

“Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!” (bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*

Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.

“Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group”.(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)

Study Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau yea pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni... betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

“Mane ade. Sungguh berbincang pelajaran.”

Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

“Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.”

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .

Mengapa hamba mengutarakan hal ini?

Mudah saja..Begini ceritanya..Hamba ada meluahkan hasrat dihati kepada seorang wanita…OOppppsss..

Tuan hamba jangan salah faham..hamba xminta untuk berkapel..hamba hanya meminta untuk menjadikannya isteri setelah masanya tiba..hamba tidak minta ingin menjalinkan apa apa hubungan istimewa dengannya..nak jadi kawan pun hamba xminta..hamba hanya mahu menjadikannya isteri bila masanya tiba..tidak lebih dari itu..tapi oleh kerana masyarakat kita telah tercemar dengan isu COUPLE ji, hasrat hamba telah disalah tafsir…ini satu kekcewaan buat hamba…

Islam takde ke couple-cople ni?

Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.

Sabda Rasulullah :

“Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.” (Ibnu Majah).

Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

SEKIAN DARI HAMBA….FIKIR-FIKIRKANLAH…HAMBA BEGITU MARAH KERANA SIKAP MASYARAKAT INILAH YANG MENYEBABKAN HASRAT HAMBA DISALAH TAFSIR!!!!!!!!!!!!

Tuesday, July 13, 2010

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Rasenye xsopan jika hamba xkenalkan diri hamba sebagai penulis dan pencipta blog ini…

Nama hamba Muhd Ashraf Fahmi Bin Mustafa…Nama panggilan? Hmmm…bergantung pada saudara dan saudari..panggillah apa yang saudara dan saudari mahukan selagi nama tersebut adalah baek baek maknanya..Putera terakhir dari 10 adik beradik..dilahirkan di Felda Chalok Barat, Terengganu..personaliti hamba?hamba sebenarnya seorang yang serius..tapi wajah hamba yang sentiasa senyum dan ceria sukar untuk manampakkan hamba seorang yang serius..mungkin itu sebabnya hamba belum berpacaran..mungkin orang menganggap hamba seorang yang suka bermain..huhuhu.. Tak kenal maka tak cinta.

Mendapat pendidikan awal di TADIKA Felda Chalok Barat semasa berumur 5tahun..tapi xsampai 3bulan, hamba menangis tidak mahu ke TADIKA…huhuhu..bukan manja..tapi hamba tidak sabar masuk ke Darjah 1..Atas desakan hamba sendiri, akhirnya semasa berumur 6tahun, ayanda hamba mendaftarkan hamba ke darjah 1..tapi masuk sebagai pelajar tumpang la..Yang paling sedih mase dapat result exam akhir tahun la..hamba masih ingat lagi kata2 cikgu tu..Cikgu Ibrahim namanya.. “awak sepatutnya dapat nombor 1, tapi oleh sebab awak pelajar tumpang,saya bagi awak nombor 33 la..” jem molek..nombor 33 tu kire nombor last la..mase tu jumlah budak dalam kelas ialah 33 orang..Mase orang duk bagi hadiah tu, hamba duk kat luar dewan, duk nangis..huhuhu..meraung, berteriak…sebab nk hadiah jugak..Kesian bonda hamba terpaksa pujuk hamba…hamba siap buang kasut pastu baling dalam longkang..huhu.. akhir skali datang la seorang cikgu.. “Ashraf, xyah la nangis..malu orang tengok…xpe..tahun ni ashraf xdapat hadiah, nanti tahun depan, ashraf pastikan ashraf akan dapat hadiah tiap2 tahun” ujar cikgu tu dengan kelembutan..

Hamba terus diam..terus hamba peluk bonda hamba.. “Bonda,jom balik..bermula tahun depan hamba janji akan banggakan bonda” Bonda hanya tersenyum lalu menjawab “bonda sentiasa bangga denganmu wahai anakku.” Kata-kata yang ringkas dari dua insan ini akhirnya mengubah seluruh hidup hamba..Kini hamba meneruskan pendidikan di Maktab Perguruan Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bharu.

Kenapa hamba memilih untuk menjadi seorang GURU?

Tunggu sambungan seterusnya..

Monday, July 12, 2010


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

Sunday, July 11, 2010

Adam..

Kenapa kau memiliki hawa?.
Adakah kerana tubuh badannya?.
Adakah kerana ingin mempermainkannya?.

Adam...
Jika kau ingin memperbaikinya.
Kau ikutilah batasan Agama.
Kau perintahkan hawa supaya berbakti.
Kau perintahkan hawa supaya menutup aurat.

Adam...
Jika ini sekadar omong-omong kosong,
hanya untuk mendapatkan hawa,
Maka, anda tidak jujur kepada Tuhanmu.
Tunggulah balasan Tuhanmu,
kerana kau telah mendustakanNya dan,
mempermainkan kaum Hawa...

*Khas kepada Couple yang belum berNIKAH
*Perkara ini sering berlaku kepada kaum Hawa,
akibat termakan pujuk rayu lelaki hipokrit,
yang menggunakan jenama Agama,
Sehingga lahirlah anak haram, video-video lucah
dan menyebabkan kaum Hawa celaka.
(Bukan ditujukan kepada semua kaum Adam)
-
dipetik dari group LA TAHZAN, 11/7/10,www.facebook.com



Sang Tikus dan Perangkap

Pada suatu hari, seekor tikus mengintip di balik celah di tembok untuk mengamati sang petani dan isterinya yang ketika itu sedang membuka sebuah bungkusan. Sang tikus ligat berfikir tentang apaa yang sebenarnya berada dalam bungkusan itu. Tapi dia terkejut sekali, ternyata bungkusan itu berisi perangkap tikus. Sang tikus berlari kembali ke ladang pertanian itu, tikus itu menjerit memberi peringatan, “Awas ada perangkap tikus di dalam rumah, hati-hati ada perangkap tikus di dalam rumah!”

Sang ayam dengan tenang berkokok dan sambil tetap menggaruki tanah, mengangkat kepalanya dan berkata. ‘Ya, maafkan aku Pak Tikus. Aku tahu memang ini masalah besar bagi kamu, tapi buat aku secara pribadi tidak ada masalah. Jadi jangan buat aku sakit kepala lah.”

Tikus berbalik dan pergi menuju sang kambing. Katanya, “Ada perangkap tikus di dalam rumah, sebuah perangkap tikus di dalam rumah!”

‘Wah aku bersimpati dengan berita ini.” Jawab Si kambing. “Tetapi tidak ada sesuatu pun yang bisa kulakukan kecuali berdo’a. Yakinlah, kamu senantiasa ada dalam doaku..hahahahaha!”

Tikus kemudian berlari menuju kearah si lembu.
‘Oh! Sebuah perangkap tikus?” jadi saya dalam bahaya besar ya?” kata lembu sambil ketawa, meleleh air liur sambil menampakkan gigi kacipnya..buruk sekali rupanya itu.

Jadi tikus itu kembalilah ke rumah dengan kepala tertunduk dan merasa begitu patah hati, kesal dan sedih, terpaksa menghadapi perangkap tikus itu sendirian. Ia merasa begitu keseorangan.

Malam tiba, dan terdengar suara bergema di seluruh rumah, seperti bunyi perangkap tikus yang berjaya menagkap mangsa. Isteri petani berlari untuk melihat mangsa yang mengenai perangkapnya. Di dalam kegelapan itu dia tak bisa melihat bahawa yang terperangkap itu adalah seekor ular berbisa.Tiba-tiba, Ular itu sempat mematuk tangan isteri petani itu menggunakan gigi taringnya yang kuning..Si petani segera membawa isteri kesanyangannya itu ke hospital untuk rawatan.

Si isteri kembali ke rumah dengan tubuh mungil, demam. Dan sudah menjadi kebiasaan, setiap orang sakit demam, ubat pertama adalah memberikan sup ayam segar yang hangat. Petani itupun mengasah pisaunya, dan pergi ke reban, ,mencari ayam untuk bahan supnya.

Tapi, bisa arwah si ular itu sungguh kuat, si istri tak juga sembuh. Banyak tetangga yang datang melawat dan tetamu turut ramai singgah ke rumahnya. Iapun harus menyiapkan makanan, dan terpaksa kambing di kandang itu dijadikan gulai. Tapi itu tidak cukup, bisa itu tak dapat diubati.Akhirnya dengan takdir Allah, Si isteri akhirnya kembali ke rahmatullah ..

Esoknya, jiran Petani itu mencadangkan agar petani itu menyembelih lembu miliknya sebagai menu utama bagi mengadakan kenduri arwah.Petani tua itu bersetuju kerana cadangan jirannya itu ada logiknya..Akhirnya, lembu yang sihat itu bertukar menjadi sekawah gulai lembu,,tamatlah juga riwayat lembu itu..

Sang tikus begitu sedih seraya berkata “Kawan, apabila kamu dengar ada seseorang yang menghadapi masalah dan kamu fikir itu masalah itu tidak ada kaitannya dengan kamu, ingatlah bahwa apabila ada “perangkap tikus” di dalam rumah, seluruh “ladang pertanian” ikut menanggung risikonya. Sikap mementingkan diri sendiri dan tak endahlebih banyak keburukan daripada kebaikanya”

Ibu,Anak dan Kura-Kura

Seorang ibusedang berjalan-jalan sambil memimpinng anaknya di jalan hujung sebuah desa. Mereka kemudiannya terjumpa seekor kura-kura. Anak itu mengambilnya dan mengamati kura-kura tersebut. Kura-kura itu segera menarik kakinya dan kepalanya masuk di bawah cengkerangnya. Si anak lalu cuba membukanya secara paksa.

“Cara demikian tidak akan berhasil, nak!” kata si ibu, “Sini..ibu akan ajarmu wahai anakku..”tambah si ibu dengan suaranya yang penuh kelembutan dan kasih sayang.

Mereka akhirnya pulang dengan membawa kura-kura itu tadi bersama. Setibanya di rumah, si ibu meletakkan kura-kura di atas lantai. Si anak hanya memerhati sambil cuba memahami apa yang ibunya sedang lakukan. Dalam hatimya timbul sedikit perasaan gusar kerana bimbang jika kura-kura tersebut melarikan diri.Si ibu hanya tersenyum melihat telatah anaknya. Beberapa minit kemudian, kura-kura itu mengeluarkan kakinya dan kepalanya sedikit demi sedikit. Ia mulai merangkak bergerak mendekati si anak.

“wah..hebatnye ibu..”jerit si anak dengan penuh kegirangan.

Si ibu tersenyum sambil tangannya mengusap kepala anaknya..Dalam hatinya hanyalah ingin anaknya itu memahami apa yang cuba dia sampaikan..

“Janganlah kamu memaksa melakukan segala sesuatu, nak!” nasihat si ibu, “Berilah kehangatan dan keramahan, ia akan membantumu mengatasi segalanya.”

Si anak mengangguk tanda faham sambil hatinya berasa gembira atas ilmu dan nasihat yabg baru diberikan oleh ibunya itu.

Moral cerita :

Janganlah kita memaksa atau terburu-buru melakukan sesuatu..kehebatab seseorang bukan pada kepantasannya bertindak..tapi secekap mana dia mengganinya..ingat…Rambut jangan putus…Tepung jangan berselerak..