Wednesday, August 18, 2010

Kisah Ibu dan Anaknya


Setelah banyak halangan menimpa ( terlepas bas, sakit perut, bas perlahan ), akhirnya hamba Berjaya juga sampai ke kampong hamlama hamba Felda Chalok Barat, Terengganu kira-kira pukul 11.30 pagi 14 ogos . Keletihan dan kekusutan seolah-olah hilang setelah hamba memandang wajah kedua ayah dan bonda. Kepulangan hamba disambut dengan senyuman kegembiraan dari ayah dan bonda.. Melihat senyuman mereka itu, hati hamba berasa begitu tenang sekali.. Seolah-olah tiada perkara untuk dirisaukan dalam dunia ini..
Sewaktu berbuka puasa, ibu menghidangkan makanan kegemaran hamba, pulut durian, nasi dan gulai ayam, dan bubur lambuk versi pantai timur.
“ Haa…Habiskan..Haritu telefon cakap nak makan macam-macam..Ni makan la puas-puas” tegur ayah..
Hamba masih termenung memikirkan bagaimana untuk hamba habiskan..Kalau hamba makan pulut durian dulu, nanti mesti cepat kenyang..Kalau makan nasi dulu, mesti dah tak lalu nak makan pulut.. Bonda hanya tersenyum dan ketawa kecil..Faham benar dia dengan jiwa hamba ini..Akhirnya hamba mengambil mangkuk lalu mengisinya dengan bubur lambuk..
Azan kemudiannya berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka puasa..Hamba mengetuai bacaan doa..Seronok dan bahagia sekali dapat berbuka bersama ayah dan bonda..Hamba lihat air muka ayah dan bonda begitu gembira sekali..Kedut di wajah mereka bertambah seiring dengan usia mereka..Ayah 66 tahun..Bonda 61 tahun. Hamba dapat rasakan kesunyian mereka berbuka jika hamba tidak pulang. Terpaksa berbuka berdua sahaja. Tanpa hilai tawa dari anak-anak. Itu pun jika ayah tidak bekerja. Jika ayah berkerja, maknanya bonda berbuka bersendirian la.
Setelah selesai menjamu selera, hamba duduk menemani ibu mengemas. Ayah pergi bersiap untuk menunaikan solat. Hamba dapat rasakan yang ayah hamba semakin uzur. Meresahkan hamba sedikit tatkala memikirkan kesihatannya..
“Ayah masih kerja lagi ke bonda?” Tanya hamba pada bonda. Ayah hamba sebenarnya peneroka felda. Memandangkan kini felda yang menguruskan lading-ladang, ayah bekerja sambilan sebagai pengawal keselamatan di Kolej Teknologi Bestari ( KTB ). Bonda kelihatan gundah saat hamba bertanyakan soalan itu. “Hujung tahun ini dia akan berhenti.” Jawab bonda perlahan.
“Bukan ke Fahmi sudah berpesan agar ayah berhenti. Adik beradik kan ramai. Tinggal Fahmi dan Kak Nurul aje yang masih belajar. Tak perlu la bersusah-susah cari duit.. Sampai bile bonda mahu tanggung kami..Patutnye kini giliran kami menanggung ayah dan bonda.”Jawabku lembut tapi tegas.
“Biarlah..Bonda sudah beritahu ayah..Tapi katanya dia mahu habiskan baki tahun ini.” Balas bonda. Ayah memang macam tu..Terlalu berkeras dengan keputusannya..Hamba bukan tak mahu dia bekerja..Tapi hamba risaukan kesihatannya..Pernah sekali matanya tidak nampak apa-apa..Mujurlah hamba ada ketika itu..Hamba baru berhenti dari JMTi ketika itu..Dapatlah hamba tengok-tengokkan makan dan minumnya..
“Bonda..Maafkan Fahmi bertanya..Tapi ini untuk masa depan..Bonda mahu menantu yang macam mana?” tanyaku tiba-tiba.
“Hah?” bonda terkejut..
“Bonda nak Fahmi cari orang yang macam mana.. Ye la..Tengok la keadaan kita sekarang..Dengan keadaan ayah yang kesihatannya tak menentu..Adik bradik yang dekat pun jarang sekali pulang menjenguk.Perlu seseorang untuk menyejukkan hati ayah dan bonda.” Jawabku..
Bonda tersenyum..Terdiam seketika sambil menyusun pinggan dan mangkuk. “Bonda bahagia melihat anak-anak bonda bahagia. Yang berlalu tu biarkan ia berlalu..Fahmi cari lah calon isteri yang boleh ayah dan bonda tumpang bila ayah dan bonda tak terdaya nanti..Pilihlah dengan hati..Janga pilih yang cantik dimata tapi buruk dihati..Ibu tak kisah Fahmi nak cari orang jauh..Tapi pilihlah yang baik imannya..Pilih yang akan bantu Fahmi jaga ayah dan bonda nanti..Tapi kalau boleh jangan la pilih yang jauh sangat.”
“Fahmi ade berkenan kat seorang gadis tu ibu..Tapi Fahmi akan perhatikan dia..Kalau dia mempunyai ciri yang bonda mahukan, fahmi akan pilihnya..Fahmi tak kisah siapa isteri Fahmi..Asalkan ringan untuk bantu Fahmi jaga ayah dan bonda nanti..Tak guna pilih yang lawa tapi jelik melihat ayah dan bonda.” Jawab ku.
Bonda hanya tersenyum..Mungkin tidak menyangka kata-kata dan pertanyaan itu terkeluar dari mulut anak bongsunya yang disangkanya masih kecil ini.
“Terpulanglah..Lain kali kenalkanlah kepada bonda..Bonda mahu melihatnya.”
“InsyaAllah bonda..Jika ada jodoh..Fahmi belum ada keberanian untuk menegur atau melihat wajahnya..Yang pasti dia seorang yang menjaga lakunya..Itu yang Fahmi simpulkan setelah melihat perlakuannya.”
Bonda bangun lalu menuju ke dapur..Senyuman yang lahir dari bibirnya masih tidak hilang lagi..Hamba tidak mengerti maksudnya..Tapi itulah senyuman paling manis yang bonda hamba hasilkan..
Hamba meneguk air soya yang terhidang dan menghabiskannya lalu menghantarnya ke dapur.. Sempat bonda menepuk bahu hamba. “Sudah besar rupanya anak bonda ni..Sudah jauh memikirkan masa depan..Berusahalah..bonda restukan pencarian Fahmi.”
“Terima kasih bonda.” Jawabku..

No comments:

Post a Comment