Sunday, October 10, 2010

DO OR DIE


Memang hamba akui…Begitu sukar untuk hamba meneruskan jalan yang hamba pilih ini setelah bnyk perubahan yg berlaku pada diri hamba. Setahun 3 bulan berada di JMTi telah banyak merubah hidup hamba. Dari seorang yang sentiasa on the track, kini hamba telah kehilangan keteguhan dan kekuatan untuk membina jalan yang baru…Susah..Seolah-olah hamba sudah tidak mengenali diri hamba ini..

Sambil-sambil berbaring menikmati angin petang, satu persatu kenangan di JMTi menerjah masuk kedalam fikiran hamba. Setiap suka dan duka, masih melekat dalm ingatan.. Hamba masih ingat tujuan hamba dating ke JMTi.. Ya..Untuk buktikan bahawa jalan Universiti bukan satu-satunya jalan untuk berjaya.. Banyak lagi jalan lain..Selepas itu, hamba akan menjadi seorang guru untuk membetulkan pandangan orang-orang kita..Itulah impian hamba yang tak tercapai..Terpaksa berundur ketika berada dilaluan yang betul, satu keputusan yang memeritkan..

Semester pertama di sana, Alhamdulillah..Hamba dapat laluinya dengan cemerlang..Pointer 3.15 sudah memadai bagi hamba..Bukan hamba tak mampu untuk dapat lebih..Tapi hamba terpaksa menjaga hati ramai pihak..Ketika itu hamba mempunyai seorang teman wanita..Satu kelas dan satu negeri dengan hamba..Dulu kami sama-sama satu sekolah.. Si dia ni baik orangnya..Tapi malangnya..Saat hamba lebih berjaya darinya, dia akan kesedihan..Bukan sedih kerana tidak berusaha untuk mara, sedih kerana menganggap dirinya kurang pandai lalu menyalahkan hamba untuk segalanya. Jadi hamba terpaksa mengurangkan pencapaian hamba agar dia sentiasa mendapat lebih dari hamba. Malangnya..Pengorbanan ini tidak pernah dengan dibalas dengan terima kasih..Tapi dibalas dengan fitnah dan tuduhan yang bukan-bukan tentang diri hamba..

Banyak kejatuhan dan perubahan mendadak berlaku di sana..Tidak..Bukan salah dia..Salah hamba.. Salah hamba kerana terlalu berubah untuk mengembirakan orang sedangkan hamba terlupan tentang kebahagiaan yang patut hamba berikan kepada diri hamba.. Bahkan hasrat hamba untuk menjadi seorang guru turut ditentang habis habisan..Hamba tahu..Sebenarnya dia takut kehilangan hamba dari hidupnya..Tapi hamba kecewa, kera dia sudah tidak rasional seperti yang hamba kenal dulu.

Bulan-bulan terakhir hamba disana, hamba menjadi seorang yang asing bagi si dia.. Bukan hamba mahu menjauhkan diri..Tapi hamba mati..Setiap pengorbanan dan keceriaan dari hamba kepadanya, semua itu akan bertukar menjadi mimpi ngeri dalam hubungan kami..Ketika itu, hamba mengambil keputusan untuk diam..Hamba tidak berani untuk berubah kerana hamba tahu, hamba sudah jauh lari dari laluan hamba, atau dengan kata yang lebih tepat, hamba lupa tujuan hamba..

Tidak lama selepas itu, kesihatan ayahanda hamba mula mengganggu hamba..Hamba memang nekad untuk berhenti belajar jika kesihatan ayahanda hamba bertambah teruk..Akhirnya, seperti yang hamba agak, ayahanda semakin teruk tahap kesihatannya..Setelah mengisi boring permohonan maktab, hamba menulis surat menamatkan pelajaran..Pemergian hamba dirahsiakan..Hanya hamba, kawan hamba Lutfi dan Syed( ketua kelas hamba ) yang mengetahui perkara ini..Selesai menulis surat, hamba mengirim kepada Syed untuk dihantar ke UPL ( Unit Pengurusan Latihan ). Kemudian hamba terus pulang ke Terengganu hari itu juga..

Bila dia menyedari, semua sudah terlambat..Perjanan hamba sedikit terganggu petang itu kerana sekatan daripada dia. Tapi hamba sudah nekad..Hamba takkan berundur..Sudah banyak hamba mengalah..Kali ini hamba akan teruskan dengan pilihan hamba..Hamba mempertaruhkan masa depan dan kekuatan terakhir hamba pada pilihan ini…Well..Life is a gamble, if you never bet, you will never win..Hamba kini dalam pertaruhan dalam perjalanan yang baru..Sedikit sukar untuk kembali bersemangat setelah hamba kehilangan diri hamba yang teguh seperti dulu..

No comments:

Post a Comment