Thursday, January 20, 2011

BEGINIKAH KITA BERCINTA???


Rasanya sudah lama hamba tidak update blog ni. Bukan sibuk..tapi agak malas sedikit..hahhaa..Baru-baru ini hamba ditanya oleh seorang sahabat…Katanya pergaduhan dalam percintaan dalam percintaan adalah lumrah..perkara biasa,,Lalu beliau meminta pendapat hamba..hmmmm…..

Ada benarnya…Tapi banyak yang negatif…

Kata orang, bila kita bergaduh dengan pasangan kita, sebenarnya itu menandakan kita mengambil berat, kita sayangkan dia…Kita marah sebab kita tidak mahu dia melakukan kesilapan…Hmmmmm….

Kata hamba, dalam percintaan, pergaduhan itu sebenarnya racun…Nampak macam membina perhubungan..Tapi sebenarnya TIDAK sama sekali..Kenapa????

Begini, bayangkan……Satu hari pasangan anda terlewat ketika temu janji, atau anda melihat dia agak mesra dengan seorang yg berlawanan jantina dengannya….Kemudian anda memarahinya…hmmmm…agaknya apa impak kepada perhubungan…memang Nampak seakan-akan kita mengambil berat terhadap kesalahan itu…Tetapi bagi orang yang bijak, mereka akan menegur secara berhemah..Itu lebih berkesan berbanding memarahinya…Mungkin dia terlewat bangun tidur, itu tidak dapat dielakkan…Atau ada hal yang menyebabkannya terlewat..Mungkin orang yang mesra dengannya itu kawan baiknya….Adakah kita lebih rela meletakkan pasangan kita dalam dilemma pabila disuruh memilih antara kawan dan kekasih?Berbanding kekasih, sudah tentu kita lebih selesa meluahkan masalah kepada seorang kawan…Adakah kekasih kita tu benar-benar sudi menerima segala kekurangan kita?? Kalau benar, dia akan cuba membantu melengkapi kekurangan itu…Fikir sendiri lah..Kita semua sudah besar…

Cemburu hanyalah merosakkan segalanya…Mula-mula hanya cemburu…Kemudian kita menghalangnya…tanpa kita sedar, kita meletakkan seekor burung yang terbang bebas ke dalam sangkar…memang cantik untuk hiasan..kita boleh tengok hari-hari…mula-mula burung tu gembira sebab rasa diri disayangi…lama kelamaan, baru lah dia sedar…tempatnya bukan lah sangkar, tapi jauh di awan..

LOVE IS GIVING………….

Cinta yang baik adalah bersifat memberi…Bukan menerima…Contohnya, kita mengharapkan pasangan kita memahami kita, itu memang perlu…Tapi, perlukan kita mempersoalkannya??? Setiap orang mempunyai cara berbeza dalam memahami pasangannya…Sepatutnya, kita membantu dia memahami kita, bukan memarahinya kerana tidak memahami kita…Tugas kita pula, cuba lah memahaminya pula..Saling memberi…Memberi kepercayaan..Memberi harapan..Baru la si dia sentiasa rasa selamat dan amat selama kita disisinya..Kita tidak boleh memaksanya untuk membaiki kekurangannya…Caranya ialah, kita turut sama membantu…Hulurkan tangan…Biar dia melakukan kesilapan..Tidak mengapa…Bila dia berjalan, kemudian jatuh, angkat dia….Suruh dia berjalan lagi…Kalau dia jatuh lagi, nanti lama-lama, dia akan tau, lantai mana yang licin, lantai mana yang sesuai dipijak…

Setakat itu dulu……laen kali sambung lagi…..

SEMOGA BAHAGIA

*cinta itu melibatkan dua pihak yang saling memberi kepercayaan, kesetiaan dan kasih sayang..Pembunuh cita ialah cemburu dan syak wasangka...