Tuesday, August 31, 2010

Merdekakah Kita?


Inikah nilainya sebuah bangsa?

Hari ini kita sambut lagi hari yang bersejarah. Hari Kemerdekaan Negara…31 Ogos… Adakah benar kita ternanti hari ini tiba kerana cintanya kita kepada Negara? Atau kita ternanti tibanya hari ini kerana cuti yang diberi? Terpulanglah.. Merdeka itu sebenarnya tiada nilai lagi pada kita hari ini… Merdeka…Hanya laungan yang pura-pura di bibir-bibir rakyatnya..Sekadar penyedap telinga..Sekadar mencukupkan syarat kata orang..

Bangsa kita sebenarnya sudah lama kembali lena..Kembali alpa..Terlalu mengejarkan kesenangan..Terlalu memperjuangkan hak yang tidak logik sehinggakan lupa batasan..Lupa siapa tuan…Lupa siapa dipimpin dan yang memimpin..Apa yang bangsa kita tahu hanyalah kepuasan hati dan kesenangan…Ya…Kepuasan dan kesengan..Sehinggakan sanggup mempalitkan kotoran pada jiwa bangsa..

Inikan merdeka yang bapa-bapa kita harapkan? Merdeka yang melalaikan anak-anaknya? Merdeka yang melemaskan bangsanya? Salah siapa? Salah merdeka? Salah bapa-bapa kita? Atau salah bangsa kita? Sebenarnya..Bukan salah merdeka sayangku..Bukan salah bapa-bapa kita…Bukan juga salah bangsa kita… Dimana salahnya…Salah dan silapnya ada pada kita.. Ya…Pemikiran kita..Pemikiran kita yang masih tertutup ini yang salah..Tak guna melaungkan “Merdeka!” kalau ianya sekadar ucapan yang tiada jiwa.. Hebat sangatkah kita… Sehinggakan berani dan lantang bersuara..Melaungkan angan-angan dan janji kosong yang hanya mencipta keretakan dalam Negara ini? Itukah yang lebih penting? Pangkat, pengikut dan nama? Pentingkah semua itu sehinggakan kamu semua sudah tidak peduli lagi tatasusila? Hinggakan kamu sudah tidak peduli dimana hadnya kita sebangai seorang rakyat.. “ kami warga Negara ini..Kami punya hak untuk bersuara..” Sayangku..Kau simpanlah kata-kata itu..Apa lagi hak yang kamu mahu..Kau kata memperjuangkan hak..Tapi pada masa yang sama kau kotorkan bendera kita dengan dosa-dosamu pada bangsa ini..Tiada hak untuk diperjuangkan selagi kamu tidak memperbetulkan pemikiran kamu..

Kita semua DERHAKA pada Negara..

Mari kita hayati rukun Negara ini..




Kepercayaan kepada Tuhan

Rukun Negara pertama…Lihat bangsa kita…Berapa yang MURTAD..Berapa orang yang mencaci Tuhan? Hukumannya? Hanyalah penjara dan denda..

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Rukun Negara kedua…Juga sudah ramai yang melanggarnya..Rakyat kita hari ini sudah berani mencabar kuasa raja..Semua merasakan diri mereka cukup berkuasa..Hingga lupa batasan..Rakyat kita juga ramai yang tidak setia..Buktinya..Lihatlah cara mereka menyanyi lagu ‘Negaraku’…Berani mengutuk bendera..Berani menyebarkan cerita busuk yang mencemarkan Negara. Hukumannya? Juga penjara dan denda.

Keluhuran Perlembagaan

Yang ketiga..yang sekarang juga berani dipersoalkan oleh rakyat kita..Hukumannya? Penjara dan denda..

Kedaulatan Undang-Undang

Undang-undang sudah tiada daulatnya lagi…Terlalu demokrasi..Sehinggakan rakyat sudah berani melampaui hak sebagai rakyat..Undang-undang mereka langgar..Xpe..orang xnampak..Memang..Tapi lupakah ikrar yang selalu kita baca? Tanpa disedari kita sudah menjadi seorang yang derhaka. Hukuman?

Kesopanan dan Kesusilaan

Yang terakhir dan yang paling tenat..Lihat sekitar kita..Rukun yang terkahir ini…Terlaksanakah ia? Atau kita sendiri yang mencemarkannya? Punk, Skin Head, Gothic, Black Metal….Adakah itu yang mencerminkan kesopanan..Mencerminkan kesusilaan? Tengok diri kita..Tindak tanduk kita seharian..Sopankah kita? Memaki hamun..Menimbulkan perbalahan..Itukah dia kesopanan dan kesusilaan? Fikir-fikirkanlah..Hukuman? denda aje…

Wahai sayangku…Sudahlah…Bangunlah..Tidak usah menunggu seorang wira untuk datang selamatkan kita..Wira itu ada dalam setiap diri kita.. Cuma kita yang menutupnya..Berhentilah dari penantian yang sia-sia itu..Simpanlah janji-janji yang tak mumgkin dikotakan itu..Perbetulkan diri kita..Kita tegakkan rukun ini..Kemudian barulah kita bercakap mengenai hak dan kebebasa..Merdeka ini tiada jaminan untuknya kekal sayangku…Marilah…Masih sempat lagi..Langkah ini mesti diteruskan lagi..Tiada tempat rehat untuk membenarkan kita alpa..Runtuhnya rukun, bergolaklah Negara…

Friday, August 27, 2010

Cerita Masa Kecil ( Puasa 2 )




Rasanya sudah lama hamba tidak update blog ini.. Maaflah.. Agak sibuk sejak akhir-akhir ini.. Perjalanan untuk menjadi guru benar-benar mencabar sekali… 3 misi yang diberikan oleh ayah dan bonda terasa amat perit sekali… Tapi hamba yakin hamba mampu melaksanakannya…

Kali ini hamba nak cerita tentang satu lagi kisah dan kenanagn hamba sewaktu kecil dulu semasa menghadapi bulan ramadhan…

Dulu, kalau bulan ramdhan, hamba dan rakan-rakan hamba akan main kejar-kejar pada waktu malam.. Yang dewasa sibuk berada di masjid ( ade jgk yang lepak tepi jalan ), yang wanita sibuk di rumah, maka kami yang kecil, masih sibuk dengan alam kanak-kanak yang penuh fantasi..

Malam itu, giliran kumpulan hamba yang mengejar…Hanya 2 orang saja ahli kumpulan hamba yang hadir.. Pihak lawan pula seramai 6 orang.. Tidak mengapa..Walau berdua, tapi gandingan hamba dan kawan hamba itu amat digeruni kerana ketangkasan dan kelicikan…Hahahaha…

Din..Kite kene menang malam ni..Kalau kite kalah, malam esok kne kejar lagi…Penat tuuuuu…

“Beyeh…Walau dua orang, tapi kita akan cuba habiskannya secepat mungkin”

Permainan bermula…Pihak lawan lari bersembunyi dalam gelap..Lampu tidak dibenarkan..Selepas habis menghitung hinggan 50, pasukan hamba memulakan pencarian…Hamba mengarahkan Kudin, sahabat hamba untuk mencari di kawasan rumah, hamba cari kawasan semak di belakang rumah… Agak sukar untuk mencari mereka dalam keadaan gelap ini…

Hamba kemudian pergi ke satu semak yang agak tebal…Hamba duduk di situ, kemudian hamba membuat bunyi yang pelik-pelik untuk menakutkan budak-budak yang mungkin menyorok dikawasan itu sambil menggoncang semak bagi menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang besar dalam semak itu…

“WWWWWAAAAAARRRRRRRGGGGGGHHHHHHHHHHH!!!!”

Tidak lama selepas itu, suara-suara ketakutan mula kedengaran… Keteguhan mereka mula goyah…Kemudian kelihatan sekumpulan lembaga keluar berlari dari satu semak berhampiran.. “Ceh..Dasar budak..Nampak sangat penakut…Bulan puasa pun nyorok ramai-ramai” bisik hamba…

“Lariiiiiiiiii……….Hhhhhaaaaaannnnnnttttuuuuuuuuuu….”Mereka betempiaran lari…

“Dinn!!!! Jaga depan Din….Ni dah keluar ni!! Kejar!” Jeritku..

Pasukan lawan terkejut…Mereka tidak menyangka akan termakan oleh tipu helahku..Hahahaha.. Kudin memulakan langkah..Menyekata larian mereka sementara hamba menyerang dari belakang.. Tidak sampai 15minit, kesemua mereka ditumpaskan…

“Kahkahkahkah!!!! Tak sangka korang ni penakut…Hahahahaha…Woi..Bulan puasa mane ade hantu la…” ujarku sambil tergelak besar…

“Tu la kau…kan aku dah cakap…Bulan puasa mane ade hantu…Apsal ko lari” Mereka berbalah sesama sendiri..

Eh..Kau yang lari dulu..Aku pun lari la…”Jawab salah seorang dari mereka…

“Sudah…Tak payah gaduh…Semua penakut…Apa pun malam esok giliran kami menyorok….Jangan tak datang plak…” Ujar Kudin..

Bermula malam keesokannya, kami Berjaya mempertahankan giliran menyorok selama 2 minggu sebelum kami menyerahkan giliran itu secara sukarela sebab pihak lawan merajuk tak nak maen..Ahahahahahaha… Sekia dulu dari hamba…Selama Menunaikan Ibadah Puasa…

Saturday, August 21, 2010

Hina nya Kita Sebagai Saudara


Assalamualaikum…Sebelum memulakan bicara, izinkan hamba berkongsi satu sejarah Tanah Melayu.. Melaka merupakan sebuah kerajaan melayu yang besar dan kuat pada suatu masa dahulu.. Pada Zaman itu, hamper keseluruhan Kepulauan Melayu berada dibawah jajahan takluk kerajaan Melaka.. Malangnya setelah sekian lama berdiri teguh, akhirnya Melaka ditumbangkan oleh Portugis akibat dari pembelotan orang sendiri..
Kerajaan Bani Uthmaniah juga merupakan sebuah empayar yang sangat kuat..Hingga 2/3 dari peta dunia beradah dibawah kekuasaannya..Kerajaan Melaka dan Kerajaan Bani Uthmaniah mempunyai hubungan diplomatik yang kuat kerana kedua-dua empayar ini merupakan empayar islam..Tahukah anda, sebelum Melaka diserang, Kerajaan Bani Uthmaniah terlebih dahulu menyedari rancangan musuh untuk menyerang Melaka..Oleh dengan itu, pemimpin Bani Uthmaniah telah mengirimkan satu angkatan yang besar terdiri dari tenteranya yang terbaik yang ditugasnya member bantuan kepada Melaka..Malangnya ketika itu Portugis telah hamper dengan Melaka..Setibanya tentera bantuan itu tadi ke Melaka, mereka melihat Melaka telah berada dalam penguasaan musuh…Seterusnya mereka terpaksa berpatah balik ke Turki kerana tanpa gabungan tentera Melaka, merekan akan mudah sekali dikalahkan..Setibanya di Turki, mereka terkejut melihat kerajaan Bani Uthmaniah juga telah diserang..Belum sempat mereka mendarat, kerajaan itu juga tumbang dek kekurangan tentera kerana semua tentera terbaiknya masih dalam perjalanan pulang..
Mengapa hamba ceritakan semua ini?...Lihatlah diri kita saudara sekalian…Kita mengaku Negara maju…Negara hebat..Kita mengaku rakyat kita rakyat yang berada di kelas tinggi..Mengaku sebuah Negara islam..Tapi cuba lihat dalam diri kita..Tanyakan kepada hati kita…Saudara seislam kita di Palestin sana dipijak, tangan mana yang menolong mereka…Tangan kite ke? Mereka diseksa, tapi berapa ramai diantara kita pedulikannya? Sedih hamba bila terkenang kan MELAYU ISLAM di Negara kita…Kita anggap berita-berita kezaliman ini cumalah hal kecil…sedikit pun tidak mendapat perhatian dari orang kita..Tidak sedarkah kita dosa silam kita? Ingat…Jatuhnya Bani Uthmaniah adalah disebabkan kita..Tapi ade saudara saudari peduli? Sebuah kerajaan yang jauh dipelosok dunia sanggup datang untuk memberikan bantuan kepada sebuah kerajaan yang jauh di Asia..Kerana apa? Padahal Melaka mempunyai banyak bantuan seperti dari Jawa dan Palembang…Semua kerana kita seislam..sebab itulah mereka sanggup terdedah kepada bahaya lalu menghantar bantuan kepada kita…
Tapi lihatlah diri kita kini…Saudara seislam kita jauh disana dipijak, dizalimi, anak-anak diterajang, wanita diperkosa, lelaki dibunuh…Tapi ade kite kisah? Bayangkan jika kita yang mengalaminya dan banyangkan jika semua saudara kita buat macam kita buat…Mahukan kita mengalami nasib begitu?
Ingatlah..Ketika kita gembira menikmati hidangan makanan kita, saudara kita di Palestin sana kebuluran dan kelaparan…Ketika kita lena di tilam yang empuk, mereka disana hanya bertilamkan bumi…Ketika pagi kita dikejutkan oleh ibu atau jam, mereka disana dikejutkan oloh bom, mortar dan peluru…Ketika kita gembira bercitan cintun, mereka disana menangisi pemergian anak dan suami mereka setiap hari, setiap saat…Ade kite kisah? Mulia sangatkah kita? Hebat sangatkah kita?
“Kami dah tolong…Bagi derma, buat kempen sana-sini”
Cukup ke? Sedar tak sedar lebih banyak kita derma kepada Yahudi berbanding derma kepada saudara islam kita…Memang kita tolong, tapi lebih banyak tolong bekalkan dana kepada Yahudi untuk membeli bom dan senjata berbanding tolong perjuangkan nasib saudara kita..Hari-hari, kita beli produk mereka…Kalau ada kempen boikot, mesti ada suara macam ni
“ ala…Burger sebiji je kot…Kopi segelas je la…Ubat gigi sekotak je ni…Berape sen la sangat..”
Memang..Beberapa sen..Bayangkan seorang menumbang 50sen dengan pembelian produk tu..Bayangkan jika Seribu orang kita membelinya..Baru RM500..itu sekali beli… Bayangkan setiap hari dalam seminggu dalam sebulan dalam setahun..RM500 x 7x 30 x 365..RM38 325 000..Serang bayarkan setiap sejam, seribu orang membeli produk ini, RM 38 325 000 x 24.. RM919 800 000…Besar jumlah ni saudara saudari sekalian…Itulah jumlah dari ‘beberapa sen’ yang kita sumbangkan.. Hampir 1 bilion setahun..Kita bantu mereka bunuh saudara kita sendiri..Pengiraan ni hamba buat sendiri…Tiada rujukan dari mana-mana..
Itukah diri kita yang mengaku hebat tadi? Memang hebat..Bantu musuh kita..Teruskan lah..Biar nanti Palestin sudah hancur, giliran kita pula dihancurkan..Dan bila itu berlaku, TERIMA KASIH KERANA MEMBANTU ZIONIS MENGHAPUSKAN BANGSA KITA SENDIRI.
Itu saja…Setaka ini saja..Jika anda seorang yang berfikiran matang, maka anda dapat membaca maksud penulisan hamba, Tapi jika tidak, hamnya lah sekadar penulisan yang tidak bermakna.

Wednesday, August 18, 2010

Kisah Ibu dan Anaknya


Setelah banyak halangan menimpa ( terlepas bas, sakit perut, bas perlahan ), akhirnya hamba Berjaya juga sampai ke kampong hamlama hamba Felda Chalok Barat, Terengganu kira-kira pukul 11.30 pagi 14 ogos . Keletihan dan kekusutan seolah-olah hilang setelah hamba memandang wajah kedua ayah dan bonda. Kepulangan hamba disambut dengan senyuman kegembiraan dari ayah dan bonda.. Melihat senyuman mereka itu, hati hamba berasa begitu tenang sekali.. Seolah-olah tiada perkara untuk dirisaukan dalam dunia ini..
Sewaktu berbuka puasa, ibu menghidangkan makanan kegemaran hamba, pulut durian, nasi dan gulai ayam, dan bubur lambuk versi pantai timur.
“ Haa…Habiskan..Haritu telefon cakap nak makan macam-macam..Ni makan la puas-puas” tegur ayah..
Hamba masih termenung memikirkan bagaimana untuk hamba habiskan..Kalau hamba makan pulut durian dulu, nanti mesti cepat kenyang..Kalau makan nasi dulu, mesti dah tak lalu nak makan pulut.. Bonda hanya tersenyum dan ketawa kecil..Faham benar dia dengan jiwa hamba ini..Akhirnya hamba mengambil mangkuk lalu mengisinya dengan bubur lambuk..
Azan kemudiannya berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka puasa..Hamba mengetuai bacaan doa..Seronok dan bahagia sekali dapat berbuka bersama ayah dan bonda..Hamba lihat air muka ayah dan bonda begitu gembira sekali..Kedut di wajah mereka bertambah seiring dengan usia mereka..Ayah 66 tahun..Bonda 61 tahun. Hamba dapat rasakan kesunyian mereka berbuka jika hamba tidak pulang. Terpaksa berbuka berdua sahaja. Tanpa hilai tawa dari anak-anak. Itu pun jika ayah tidak bekerja. Jika ayah berkerja, maknanya bonda berbuka bersendirian la.
Setelah selesai menjamu selera, hamba duduk menemani ibu mengemas. Ayah pergi bersiap untuk menunaikan solat. Hamba dapat rasakan yang ayah hamba semakin uzur. Meresahkan hamba sedikit tatkala memikirkan kesihatannya..
“Ayah masih kerja lagi ke bonda?” Tanya hamba pada bonda. Ayah hamba sebenarnya peneroka felda. Memandangkan kini felda yang menguruskan lading-ladang, ayah bekerja sambilan sebagai pengawal keselamatan di Kolej Teknologi Bestari ( KTB ). Bonda kelihatan gundah saat hamba bertanyakan soalan itu. “Hujung tahun ini dia akan berhenti.” Jawab bonda perlahan.
“Bukan ke Fahmi sudah berpesan agar ayah berhenti. Adik beradik kan ramai. Tinggal Fahmi dan Kak Nurul aje yang masih belajar. Tak perlu la bersusah-susah cari duit.. Sampai bile bonda mahu tanggung kami..Patutnye kini giliran kami menanggung ayah dan bonda.”Jawabku lembut tapi tegas.
“Biarlah..Bonda sudah beritahu ayah..Tapi katanya dia mahu habiskan baki tahun ini.” Balas bonda. Ayah memang macam tu..Terlalu berkeras dengan keputusannya..Hamba bukan tak mahu dia bekerja..Tapi hamba risaukan kesihatannya..Pernah sekali matanya tidak nampak apa-apa..Mujurlah hamba ada ketika itu..Hamba baru berhenti dari JMTi ketika itu..Dapatlah hamba tengok-tengokkan makan dan minumnya..
“Bonda..Maafkan Fahmi bertanya..Tapi ini untuk masa depan..Bonda mahu menantu yang macam mana?” tanyaku tiba-tiba.
“Hah?” bonda terkejut..
“Bonda nak Fahmi cari orang yang macam mana.. Ye la..Tengok la keadaan kita sekarang..Dengan keadaan ayah yang kesihatannya tak menentu..Adik bradik yang dekat pun jarang sekali pulang menjenguk.Perlu seseorang untuk menyejukkan hati ayah dan bonda.” Jawabku..
Bonda tersenyum..Terdiam seketika sambil menyusun pinggan dan mangkuk. “Bonda bahagia melihat anak-anak bonda bahagia. Yang berlalu tu biarkan ia berlalu..Fahmi cari lah calon isteri yang boleh ayah dan bonda tumpang bila ayah dan bonda tak terdaya nanti..Pilihlah dengan hati..Janga pilih yang cantik dimata tapi buruk dihati..Ibu tak kisah Fahmi nak cari orang jauh..Tapi pilihlah yang baik imannya..Pilih yang akan bantu Fahmi jaga ayah dan bonda nanti..Tapi kalau boleh jangan la pilih yang jauh sangat.”
“Fahmi ade berkenan kat seorang gadis tu ibu..Tapi Fahmi akan perhatikan dia..Kalau dia mempunyai ciri yang bonda mahukan, fahmi akan pilihnya..Fahmi tak kisah siapa isteri Fahmi..Asalkan ringan untuk bantu Fahmi jaga ayah dan bonda nanti..Tak guna pilih yang lawa tapi jelik melihat ayah dan bonda.” Jawab ku.
Bonda hanya tersenyum..Mungkin tidak menyangka kata-kata dan pertanyaan itu terkeluar dari mulut anak bongsunya yang disangkanya masih kecil ini.
“Terpulanglah..Lain kali kenalkanlah kepada bonda..Bonda mahu melihatnya.”
“InsyaAllah bonda..Jika ada jodoh..Fahmi belum ada keberanian untuk menegur atau melihat wajahnya..Yang pasti dia seorang yang menjaga lakunya..Itu yang Fahmi simpulkan setelah melihat perlakuannya.”
Bonda bangun lalu menuju ke dapur..Senyuman yang lahir dari bibirnya masih tidak hilang lagi..Hamba tidak mengerti maksudnya..Tapi itulah senyuman paling manis yang bonda hamba hasilkan..
Hamba meneguk air soya yang terhidang dan menghabiskannya lalu menghantarnya ke dapur.. Sempat bonda menepuk bahu hamba. “Sudah besar rupanya anak bonda ni..Sudah jauh memikirkan masa depan..Berusahalah..bonda restukan pencarian Fahmi.”
“Terima kasih bonda.” Jawabku..

Wednesday, August 11, 2010

Kenangan Masa Kecil ( Puasa 1 )


Hari ini bermulalah bulan Ramadhan yang amat dinantikan oleh semua umat islam..Bulan yang mulia..Bulan keberkatan..Bulan yang membawa sejuta rahmat…Hamba mengharapkan kali ini, inilah ibadah puasa hamba yang terbaik…Semoga amalan kita semua diterima..Bila tibanya bulan puasa, hamba pasti akan terkenangkan beberapa kisah yang berlaku di zaman kanak-kanak hamba..Kali hamba cerita satu dulu..Lain kali hamba tambah lagi cerita lain..

Cerita ini berlaku semasa hamba berumur 7tahun..Zaman bemulanya hamba melakukan ibadah puasa…Tapi puasa sekerat hari je la...Jika bulan puasa, hamba paling suka minum air laici..Fuuhhh…Air laici yang manis dan sejuk…Sedapnyeeeee…Minum air ni, trus hilang dahaga yang melanda seharian berpuasa….

Hendak dipendekkan cerita, hari itu hamba puasa sekerat hari je…Tapi biase la…Waktu berbuka puasa, hamba la yang paling sibuk..Mengalahkan orang puasa penuh…Tapi kali itu hamba tidur selepas asar..Bonda hamba sudah kejut hamba untuk bangun..Tapi faham-faham la kalo tidur lepas asar ni macam mana keadaannya..Hamba celik mata…Patu tutup balik…Tidak lama selepas itu, hamba dengar orang sibuk mengatur pinggan.. “Huh..Buka puasa…Air laici..” Hamba terus bangkit..

Sampai dimeja hamba tengok bonda belum menghidang air laici tu...Mata hamba masih mengantuk...Kalau tidur kat meja, mesti ayahanda akan marah..Jadi hamba baring la atas kerusi..kat bawah meja..Kemudian hamba pun terlena..Semua orang sangka hamba masih tidur kat bilik, jadi diorang abaikan la..Pukul 7.45p.m, hamba terjaga..terus keluar dari persembunyian…Semua orang terkejut..Tiba-tiba je ade makhluk dengan mata yang merah, rambut serabai duduk kat meja tu… “Mane air laici?” Tanya ku.. “Laaa…Kak Nurul ingat adik dah tak nak bangun…Kak Nurul tak buat la…” Jawabnya ringkas…

Hamba tercengang mendengarnya…Terus hamba kembali baring atas kerusi dan menangis… “NAK AIR LAICI!!” jerit hamba..Memang menggangu orang puasa la..hahahaha..Bonda dan ayahanda cuba memujuk..Tapi hamba tetap dengan permintaan hamba..Hamba menangis, meraung, menjerit, dan macam-macam me lagi la..Tengah duk asyik menangis tu, tiba-tiba hamba kembali terlena..Sekali lagi hamba tidur kat atas kerusi tu…Huhuhuhu…memang jem la hamba ni…

Pukul 8.30p.m. , hamba terjaga…Hamba terus bangkit…Terlupa yang hamba berada di bawah meja, akhirnya kepala hamba terhantuk pada meja..Hamba turun dari kerusi, merangkak keluar dari bawah meja…Kemudian perut hamba berbunyi..Minta dipenuhkan la tu…Hamba membuka tudung saji..Wow..Ikan keli percik…Kegemaran hamba..Tiba-tiba hamba terpandang sesuatu yang menarik.. Wahhh…Air laici..Hamba segera meminumnya… “Alamak..da habis plak..tak cukup lagi ni” hamba segera menuju ke peti sejuk lalu membukanya…Hamba lihat ade satu jag air laici dalam tu..Kat dasar jag tu ade beberapa isi buah laici..Hamba menuangnya kedalam gelas..Hamba terus meneguknya… “Belum cukup sejuk..Mungkin baru dibuat” fikir hamba..

Kemudian hamba mendengar satu suara.. “Air laici ade dala peti ais tu…Minum la..” suara bonda rupanya..Huhuhu..Lambat la bonda buat pengumuman…Jag yang penuh tadi kini tinggal separuh je.. Selepas itu hamba pergi mandi dan terus masuk tido..Keesokannya semasa bonda mengejutkan hamba untuk bangun sahur, hamba rasa sejuk sekali….Alamak..Hamba terbocor atas tilam.. “tu la..Minum banyak sangat…Nak tido xpegi tandas dulu..Dah..bangun..pegi bilik air..” tegur bonda…Huhuhu…masalah betul la hamba ni….

Sekiannn….

Bersambung lagi………….

Saturday, August 07, 2010

Cerita Cinta dan Anak

Pukul 8.30 malam tadi, hamba keluar untuk mencari tiket di Plaza Larkin, Johor Bahru..Hamba berhasrat untuk pulang ke Terengganu pada jumaat nanti, 13 ogos..Bukan ‘homesick’..Cuma siang tadi hamba menghubungi bonda hamba untuk bertanya khabar…Hamba dengar suaranya seperti tidak berapa sihat..Rupanya bonda hamba demam..Jadi hamba memujuk bonda hamba supaya membenarkan hamba pulang kerana sebelum ini ayahanda hamba melarang hamba pulang kerana ingin jimatkan duit..Kebetulan bonda hamba sakit ni, jadi apa salahnya hamba pulang sebentar..Apalah sangat nilai wang jika dibandingkan dengan nilai kasih yang ibu berikan kepada kita dulu..Lagipun hamba mengidam mahu makan pulut durian ni..

Ketika berjalan menuju ke kaunter tiket, hamba terlihat seorang ibu bersama seorang anaknya..Hamba lihat si ibu seolah-olah sedang memarahi anaknya di depan khalayak ramai..Hamba hanya mampu memandang..Kasihan hamba melihat si kecil itu..Terkebil-kebil kerana takutkan ibunya..Hamba hanya mampu menggeleng kepala…Rasa kecewa terhadap sikap ibu itu tadi begitu mengganggu hamba..

Bukan begitu caranya mendidik seorang anak..Dalam mendidik anak, kesabaran itu kuncinya..Memang hamba tidak pernah menjadi seorang bapa..Tapi hamba pernah dan masih menjadi seorang anak..Anak itu satu anugerah…Satu amanah..Tiada orang lain yang akan mendoakan kita jika kita mati melainkan anak kita..Mase zaman bercinta, awal perkahwinan, bukan main berjanji setia pada cinta..Tapi tidakkah anda sedar bahawa tindakan anda melayan anak itu sebenarnya menunjukkan anda tidak setia pada cinta?

Mengapa hamba berkata demikian…Cuba anda fikir..bagaimana seorang anak itu boleh lahir..Sudah tentu melalui cintanya anda kepada pasangan anda..Jadi sekiranya anda tidak menjaganya dengan baik, samalah seperti anda tidak menghargai hasil dari percintaan anda itu??Itukah sikap seorang ibu? Seorang ibu sepatutnya payung kepada anaknya..Bapa itu rumah kepada anaknya..Anak ni kalau kite ajar dengan merotan, lame2 kulit die akan biasa dengan kesakitan itu…Lama kelamaan dia akan kebal..Jika diajar dengan menengking, lama2 telinganya akan tuli dengan tengkingan itu…Apa salahnya jika kita menegur dengan lembut… “Ala..kau ape tau..Tegur lembut-lembut bukan die nak dengar” Memang la..Mula-mula memang begitu..Sedangkan batu pun boleh beronggan jika terkenan titisan air tanpa henti...Kita tegur…Jangan dimarah..Jangan sesekali mengatakan perkara yang tidak baik kepadanya..Contoh “Kenapalah kau ni degil sangat” “Degilnye budak ni” “Kenapalah kau ni xpandai macam orang lain” Ingat..Setiap ucapan ibu itu doa..Jaga perkataan..Katakan yang baik kepadanya..Budak ni kalau kite berbahasa baik dengan mereka, mereka lagi suka..Lama-lama mereka akan ikut cakap kita..

Akhir kata..Kepada ibu-ibu diluar sana..Insaflah..Anak itu amanah..Jagalah amanah itu..Kamu akan ditanya apabila dibangkitkan kelak..Anak itu istimewa..Jangan kamu sia-siakan mereka..Sila kamu mendidik, maka rosaklah seluruh keturunan kamu..Tunjukkanlah cara yang betul..Agar nanti dia akan menunjukkan contol yang betul itu kepada anak-anak mereka…

Sekian…Hargailah anak anda..Hargailah cinta anda…

Friday, August 06, 2010

Pelik Tapi Benar


Begitu hairan bin ajaib hamba melihat orang islam terutamanya yang melayu… Orang melayu ni sensitive orangnya..Sayangkan bangsa dan agamanya..Dan jika ada sesiapa yang cuba mencemarkan agama dan maruah orang melayu, nescaya mereka akan bangkit menentang…Syabas..Ini sikap yang patut dipuji..

Malangnya kita tidak sedar…Sebenarnya perosak melayu dan islam sebenarnya adalah kita sendiri…Kita marah orang mencaci islam, sebenarnya kita juga lah yang mencaci islam itu sendiri…Kita marah jika orang menghina agama kita…Tetapi sebenarnya kitalah yang sebenarnya menghina agama kita…

Mengapa hamba berkata demikian…Banyak sebabnya wahai teman…Hamba sudah lama memikirkannya..Tapi memang logik akal hamba tidak mampu memberi jawapannya…Sedarkah wahai orang islam sekalian…Ramai diantara kita hari ini sebenarnya setiap hari mencemarkan kesucian agama islam itu sendiri…Kita marah islam dikeji..Tapi pernahkah kita marah kepada yang tidak menunaikan perintah Allah? Tidak sembahyang, membuka aurat, bersekedudukan…Tapi kita hamnya membutakan mata apabila pelakunya itu orang kita sendiri dan mungkin kita sendiri pelakunya…

Hamba selalu melihat waktu-waktu kebangkita melayu islam…Semasa kapal bantuan yang dihantar ke Palestin diserang oleh Israel, Alhamdulillah semangatnya jelas terasa…Api-api kebenaran jelas Nampak pada setiap individu…Sewaktu kerajaan meletakkan syarat Pengajaran dan Pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa inggeris, ramai yang bangun menentang….Malangnya semua itu bermusim…Hangat-hangat tahi ayam…Semangatnya hanya seketika..Lenyap bersama peredaran masa.

Hamba juga hairan…Kenapa kita hendak marah orang hina kita sedangkan kita sendiri yang menjadikan diri kita hina..Suruhan agama kita tinggalkan, tapi bila orang luar mempersoalkan kebenaran islam, kita marah…Kenapa? Sedangkan kita sendiri yang meruntuhkannya? Sama seperti ketam mengajar anaknya berjalan…Hamba tidak pasti penulisan hamba ini Berjaya membuka tempurung anda sekalian…Keluarlah dari tempurung wahai teman…Sampai bila kita mahu hina begini…Tiada orang lain akan menjadikan kita mulia melainkan kita mengubahnya sendiri..Allah pernah berfirman “ Kami tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubahnya sendiri” begitu la lebih kurang…Sedar la Melayu..Sudah lama kita terlena…Bangunlah…Jangan tunggu hamper jadi debu baru hendak membina kubu…

Sekian…Maaf penulisan hamba kali ini mengguris hati mana-mana pihak…Memang nk suruh terasa pun

Tuesday, August 03, 2010

Herba dan Khasiatnya

Pada 30 Julai yang lepas, geng kelas hamba, 1 PPISMP RBT telah mengadakan lawatan ke Taman Herba Pagoh yang juga merupakan terletaknya kilang memproses rempah ratus Mak Siti..Keluasan taman ini ialan 3200 hektar..Menurut pemiliknya, Tuan haji Nasuha, Taman ini merupakan taman herba terbesar di Asia..Kat sini hamba nak kongsi sedikit mengenai beberapa herba yang hamba jumpa disini..

Cinnamon
( Cinnamomum Zeylanicum )

  • Ubat kencing manis dan diabetis
  • Memperbaiki Peredaran darah
  • Melegakan Sakit dan kembung perut
  • Melancarkan haid, melegakan senggugut dan keputihan

Noni/Cengkudu
( Morinda Citrifolia )

  • Mencairkan darah dan membasmi darah berkolestrol
  • Memperbaiki peredaran darah
  • Melegakan sakit-sakit sendi
  • Membantu penghadaman

Garcinia/Asam Gelugur
(Garcinia Atroviridis )


  • Mengurangkan keinginan merokok
  • Mengurangkan berat badan
  • Membantu penghadaman
Scaphium/Kembang Semangkuk
( Scaphium Macropodium )

  • Sesuai untuk penghidap athma
  • Mengurangkan panas badan
  • Mengurangkan kahak dan melegakan batuk dan sakit tekak
  • Untuk kesihatan

Allspice Pimento Herbal
( Pimento Dioico )

  • Mengatasi lenguh dan sakit-sakit sendi
  • Menyembuhkan luka-luka kecil
  • Membantu menyegarkan kulit
  • Melindungi kulit dari kekeringan

Tea Tree Melaleuca Herbal

  • Menghilangkan penyakit kulit dan jangkitan kulat/ bakteria
  • Menghalang kekeringan kulit
  • Menghalang pertumbuhan jerawat

Serico
( Strobilanthes Cripus )

  • Merencatkan pertumbuhan sel kanser
  • Melancarkan peredaran darah
  • Melegakan sakit dan kembung perut
  • Melawaskan kencing/buang air besar
Gora
( Cola Nitadia )

  • Menguatkan ingatan
  • Mengatasi keletihan dan kelesuan
  • Untuk kecergasan

Sunday, August 01, 2010

A Man With A Sword And Shield

Bagi seorang pahlawan, perisai dan pedangnya merupakan sesuatu yang paling berharga selepas nyawanya..Jika dihujani serangan dari musuh, perisailah yang akan menangkis menepis…Hayunan mata pedang yang tajam akan memotong dan menumbangkan musuh dengan mudah dan pantas…Sama seperti hamba…Matlamat hamba adalah untuk menawan Masa Depan..Tapi ianya bukan mudah seperti yang disangka…Begitu banyak halangan dan liku yang mesti hamba tempuhi...Tapi malangnya bagi hamba…Dulu hamba juga ada pedang dan perisai hamba sendiri…Tapi tidak lama selepas itu…Barulah hamba sedar rupanya ianya beracun…Di saat hamba memerlukannya, barulah hamba tahu yang rupanya yang disangka manis itu rupanya racun yang melemahkan hamba…Hamba hampir tumbang..Dikelilingi musuh yang pelbagai…Hamba terpaksa menempuhinya seorang diri..Semangat hamba hilang sama sekali…Hanya kekalahan terbayang di minda…

Semasa kecil, hamba cumalah keseorangan..Tiada berteman…Sehinggalah hamba berkenalan seorang anak jiran hamba yang sebaya dengan hamba dan kemudiannya menjadi sebilah pedang bagi hamba.. Bagi hamba, seorang sahabat itu lebih besar nilainya dari seorang rakan…Dengan hadirnya beliau dalam hidup hamba, Alhamdulillah hamba dapat menempuhi hidup hamba dengan mudah…Hamba menjaga pedang hamba ini dengan baik sekali…Hamba gilap agar sentiasa bersinar…Hamba asah agar sentiasa tajam..

Beberapa tahun kemudian, hamba berkenalan dengan seorang gadis yang lantas menjadi perisai bagi hamba..Orangnya baik dan rasional…Maka 2 insan ini menjadi insan penting dalam perjuangan hamba..Hamba begitu bersuyukur…Satu persatu musuh dapat hamba tumbangkan…Namun..Perjuangan hamba menjadi semakin getir…Sukar sekali untuk membentuk laluan ke masa depan…Memerlukan ketekunan dan keberanian untuk maju kehadapan..

Beberapa yang bulan yang lalu…Hamba berada dalam dilema ketika ingin membuat keputusan untuk menukar arah perjuangan…Matlamatnya masih sama..Cuma jalannya yang berbeza…Ketika itu perisai hamba mula menunjukkan keenggananya untuk bersama hamba meneruskan perjuangan ini…Jika dulu dia seorang yang rasional…Tapi kini hamba tidak dapat melihat dimana rasionalnya itu..Jika dulu matanya dapat melihat apa yang berada dalam pandangan hamba, tapi kini. Seolah-olah dia sudah kabur dan tenggelam…Sehinggalah ayahanda sakit…Ketika itulah hamba sedar yang gadis yang hamba kenali itu tadi rupanya sudah berubah menjadi seseorang yang hamba tidak lagi kenal…Jadi hamba tinggalkan perisai itu…

Berjalanlah hamba bersama sebilah pedang erat digenggam…Langkah hamba menjadi perlahan..Keyakinan semakin pudar..Bimbang kerana tiada perlindungan…Lama-kelamaan pedang hamba mula menunjukkan ragamnya…Seolah-olah tidak mahu meneruskannya lagi…Pernah hamba bertanya kenapa.. “aku xsuka kau tinggalkan dia.” Jawabnya… “sesungguhnya aku lebih tahu apa yang berlaku diantara kami..Antara keluarga dan kekasih, aku lebih rela memilih keluarga.” Jawabku.. Maka dengan itu hamba ditinggalkan oleh pedang hamba..

Langkah hamba terhenti..Hamba tidak punya apa-apa lagi...Hamba menghentikan langkah hamba..Gerun melihat musuh yang ramai...Hamba kaku..Termanggu hamba seketika…Merasakan kekalahan berada didepan mata, hamba mula kehilangan keyakinan…Terasa ingin berhenta sahaja disini..

Tatkala hamper hamba mengangkat bendera putih, datang satu suara kepada hamba.. “Bukan ini Ashraf Fahmi yang ku kenal..Ashraf Fahmi yang ku kenal takkan berhenti dengan kesukaran seperti ini..Dia akan terus mara, baginya berjuang dalam keadaan mustahil itulah gayanya..Bangunlah…Tidak mengapa jika kamu gugur, gugurmu bermaruah kerana tidak mengalah..Jikalau kamu menang, inilah kemenangan yang hebat yang akan dapat kamu berbangga dengannya..Menang disituasi yang mustahil adalah sukar..Tapi kamu mampu melakukannya..” Hamba bangkit..Api keazaman mula membakar dalam jiwa hamba…Sekali lagi hamba bangkit..Sekali lagi hamba melangkah..Sekali lagi hamba mengangkat tangan ini..Kali ini, walau berkubukan tubuh, walau bersenjatakan tangan kosong, hamba akan tumpaskan semuanya...Walau ditinggal keseorangan, hamba masih ada keluarga menanti hamba pulang dengan kemenangan…Hamba tahu, hamba tidak akan keseorangan…Maha Pencipta sentiasa ada disaat hamba memerlukannya…

Kini..Bermulalah sekali lagi perjuangan hamba…InsyaAllah hamba tidak akan berundur lagi..Kali ini, tiada apa akan menjatuhkan hamba..Tuggulah ayah bonda…Anakmu ini akan pulang kepadamu suatu hari nanti…Jika umur anakmu ini seketika cuma, anakmu ini akan pulang dengan kisah keberanian yang membanggakanmu…Dan jika umur anakmu ini panjang, dengan kejayaanlah anakmu ini akan pulang…

Sekian….


"Come home with this shield or upon it"=Spartan mother equipt her son